Terbaru

Tabung Untuk Makanan


Bantuan Kewangan

Bank Negara Malaysia:
Tabung Untuk Makanan

Objektif
Meningkatkan pengeluaran makanan dan pembiayaan sektor makanan di Malaysia pada kadar berpatutan.
Kadar pembiayaan maksimum : 3.75% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 8 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM10,000
Jumlah pembiayaan maksimum : 90% daripada jumlah kos projek atau RM5 juta mengikut mana yang lebih rendah
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Bank Pertanian Malaysia
Syarat kelayakan
  • Institusi hak milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51%) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, warganegara bermastautin di Malaysia dan usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak-pihak berkuasa yang lain
  • Pelaburan mestilah dijalankan di Malaysia
  • Projek berorientasikan domestik di mana sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah pengeluaran makanan dijual dalam pasaran domestik
Tujuan pembiayaan pinjaman
  • Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran
  • Modal kerja atau kedua-dua sekali

    Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:
  • Pembelian saham
  • Penggunaan persendirian
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada
  • Pembelian kilang yang sedia ada
  • Kos buruh kecuali upah
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  • Pengeluaran makanan utama (penternakan, tanaman, perikanan dan bioteknologi)
  • Pertanian bersepadu
  • Pemprosesan dan/atau pengagihan makanan (bahan mentah mestilah daripada sumber domestik)
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bank Pertanian Malaysia. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa dan keperluan cagaran oleh Bank Pertanian Malaysia
Hubungi
Bank Pertanian Malaysia (BPM)
Tingkat 3, Menara Patriot
Leboh Pasar Besar
P.O. Box 10815
50726 Kuala Lumpur
Tel : 03-2731 1600
Faks : 03-2691 4908
Laman Web : www.bpm.com.my


Agrobank Malaysia:


Tabung Untuk Makanan (3F)

Objektif
Menggalakkan Pelaburan di Sektor Pengeluaran Makanan Utama
Kadar pembiayaan maksimum : Serendah 3.75% setahun atas baki bulanan
Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 10 Tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM10,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM10 JUTA
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Pengeluaran, Pemerosesan & Pemasaran Makanan (Tanaman, Ternakan & Perikanan)
Hubungi
Agrobank Malaysia
Leboh Pasar Besar
Peti Surat 10815
50726 Kuala Lumpur
Tel : 03-2731 1600
Faks : 03-2691 4908
Laman Web : www.agrobank.com.my


Cloud Based POS System