Terbaru

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA


PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN /
KERTAS KERJA

Sistem Perakaunan Online

Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!


PENGENALAN 

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerjakertas Projek atau Prospektus.

 

    Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?


1.         Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
2.         Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
3.         Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
4.         Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
5.         Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.


 

    Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?


1.         Usahawan/Penternak
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2.         Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,
  skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3.          Pembekal
-  Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan
   pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.
4.            Kakitangan
-  Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
   pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan
   mereka.

5.          Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga
  bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik
  dan berterusan


  

    Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan


1.         Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

-         Nama perniagaan/projek
-         Tujuan rancangan perniagaan
-         Nama syarikat, alamat dan lain-lain
-         Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2.        Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3.         Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

 

  

    Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan


1.          Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif
2.          Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
3.          Latarbelakang perniagaan
4.          Latarbelakang ahli kongsi
5.          Kedudukan Projek
6.          Objektif Projek
7.          Rancangan Pentadbiran
8.          Rancangan Operasi
9.          Rancangan Pemasaran
10.        Rancangan Kewangan
11.        Penutup
12.        Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

 


    Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja


    Bahagian 1 - Pengenalan


Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

i.     Nama Syarikat
ii.    Jenis perniagaan yang diceburi
iii.   Nama dan lokasi/alamat perniagaan
iv.   Status dan saiz projek
v.    Produk
vi.   Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
vii.  Anggaran kos projek.


Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

i.                    Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
ii.                 Merancang perlaksanaan projek.
iii.               Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
iv.                Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
v.                  Lain-lain.


     Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan


Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

i.          Alamat
Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.

ii.         Bentuk perniagaan
Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan  boleh juga digunakan.

iii.        Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.

iv.        Modal Permulaan
Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke  dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v.         Bank
Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.


Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan  Kongsi / Pemegang saham

i.     Nama penuh
ii.    No. kad pengenalan
iii.   Tarikh lahir
iv.   Umur
v.    Alamat Tetap
vi.   No telefon
vii.  Taraf perkahwinan
viii.  Kelulusan akedemik
ix.   Kursus yang pernah dihadiri
x.    Kemahiran
xi.   Pengalaman
xii.   Pekerjaan sekarang
xiii.  Perniagaan yang pernah diceburi.


Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.



Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci.  Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.



Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

i.     Pentadbiran
ii.    Carta Organisasi
iii.   Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
iv.   Spesifikasi Tugas
v.    Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
vi.   Senarai Keperluan Pejabat
vii.  Perbelanjaan Pentadbiran
a.      Perbelanjaan aset
b.      Perbelanjaan bulanan
c.       Lain-lain perbelanjaan


Bahagian 8 - Rancangan Operasi


1.   Carta aliran Proses
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.
Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2.   Unit pengeluaran / jam operasi
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.

3.   Keperluan bahan
Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.

4.   Tenaga Kerja
Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.

5.   Mesin dan peralatan
Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.

6.   Susun atur Ruang Operasi
Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.

7.   Lokasi
Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.

8.   Overhead operasi
Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.

9.   Perbelanjaan Operasi
Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

 

 

Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran


1.   Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan

2.   Sasaran Pasaran
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.

3.   Saiz Pasaran
Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4.   Pesaing-pesaing utama
Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5.   Kekuatan dan kelemahan pesaing
Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

6.   Syer pasaran
Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7.   Ramalan Jualan
Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

8.   Strategi Pemasaran

i.    Strategi Barangan
Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii.   Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan

iii.   Strategi harga
Harga seunit yang dicadangkan.

iv.   Strategi edaran
Corak pengedaran yang dicadangkan.
Kenderaan atau kakitangan pemasaran.



Bahagian 10 - Rancangan Kewangan


Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1.        Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2.        Penyata-penyata kewangan:
i.   Aliran wang tunai
ii.  Penyata pendapatan
iii. Kunci kira-kira
iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
v.  Kos pelaksanaan Projek
vi. Pelaburan aset tetap:
     Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
vii. Modal Pusingan:
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
viii. Lain-lain perbelanjaan:
Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3.        Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
i.    Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
ii.   Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
iii.  Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)

4.   Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.

5.   Prestasi Penyata Pendapatan
Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.
6.   Prestasi Kunci kira-kira
Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.

7.   Analisis Daya Maju Kewangan

Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.
Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

              i.     Nilai kini bersih
              ii.     Kadar Pulangan dalaman
              iii.    Nisbah faedah kos
              iv.    Tempoh pulang modal

                Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

                Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

 

 

                Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

 

 

                Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .



Contoh-Contoh Jadual

 Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja. 

Bil
Jawatan
Bil pekerja
1
Pengurus
1
2
Kerani kewangan
2
3
Pekerja Ladang
4


Contoh jadual Spesifikasi Tugas 

Jawatan
Tanggungjawab
Pengurus
  1. Menyelia operasi ladang.
  2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.
Kerani Kewangan
1.Pembayaran gaji pekerja
2.Merekod wang masuk dan keluar.



Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran 

Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Pengurus
1
3500.00
350.00
150.00
3900.00
Kerani
2
750.00
75.00
50.00
875.00








Keperluan Pejabat
 Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat 

JENIS
BILANGAN
Jumlah RM
1.Perabut Pejabat
1 set
1000.00

2. Komputer
2 unit
5000.00


Perbelanjaan Pentadbiran 

Butir
Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Perabut Pejabat
1000.00


2. Komputer
5000.00


3.Gaji dan caruman

4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja


2500.00
  

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama 


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Ramalan
Jualan



























  

Jadual Perbelanjaan Pemasaran 

Butir
Perbelanjaan harta (RM)
Perbelanjaan Bulanan (RM)
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1.Kenderaaan (van)

40000.00





2. Promosi

100.00


3. Insuran dan cukai jalan


500.00


Jadual Keperluan Bahan Mentah 

Jenis Bahan
Kuantiti Digunakan
Stok simpanan
Harga seunit
Jumlah belian
1. Jagung
100 kg
100 kg
0.40
80.00
2. soya









  

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi 

Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Penyelia
2
3000.00
300.00
150.00
3450.00
Pekerja
4
2400.00
240.00
100.00
2740.00






  

Jadual mesin dan peralatan 

Jenis
Harga
Bilangan
Jumlah Harga
1. Chopper
5000.00
1
5000.00
2. Otomatik drinker
12000.00
1
12000.00




  

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi 

Butir
Perbelanjaan Harta (RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Chopper
5000.00


2.otomatik drinker
12000.00


3.Gaji dan caruman

6190.00

4.






Contoh Kos Perlaksanaan Projek

1.        Perbelanjaan harta
- (Pelaburan Aset Tetap )                                           ----------------------

2.        Perbelanjaan Bulanan
- (modal pusingan)                                                     ----------------------

3.        Lain-lain perbelanjaan                                                ----------------------
                                                                 
4.        Belanja Luar Jangka                                                    ----------------------

     Jumlah Kos Projek                                                       ----------------------

      
Sumber Pembiayaan Projek

  1. Modal sendiri                                                                       ----------------------

  1. Pinjaman                                                                              ---------------------

  1. Sewa beli                                                                             ----------------------

  1. Lain-lain (termasuk geran kerajaan)                                   ----------------------


Jumlah sumber Pembiayaan                                              ----------------------






Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC       

                 Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)


2002
2003
2004
2005
Hasil




     Jualan
          100,000
          100,000
          100,000
          100,000
 - kos Barang dijual
           70,000
           70,000
           70,000
           70,000





Untung kasar
           30,000
           30,000
           30,000
           30,000
- Belanja-belanja




  Pentadbiran
5,000
5,000
5,000
5,000
  Pemasaran
3,000
3,000
3,000
3,000
  Kewangan
1,000
1,000
1,000
1,000
Jumlah Belanja
9,000
9,000
9,000
9,000
Untung Bersih
           21,000
           21,000
           21,000
21,000


Contoh Prestasi Kunci kira-kira 

Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan
Pada setiap tahun yang berakhir pada :

Tahun
2002
2003
2004
2005
Aset Tetap




   Kenderaan
50,000
45,000
40,000
35,000
-         susut nilai

5,000
5,000
5,000
5,000
Jumlah
45,000
40,000
35,000
30,000
Perlalatan
50000
45,000
40,000
35,000
-         susut nilai
5,000
5,000
5,000
5,000
Jumlah
45,000
40,000
35,000
30,000
Aset Semasa




     Tunai
15,000
20,000
25,000
30,000
      Si berhutang
10,000
10,000
10,000
10,000
     Stok bahan mentah
5,000
5,000
5,000
5,000
     Stok akhir
10,000
10,000
10,000
10,000
Jumlah
40,000
40,000
40,000
40,000
JUMLAH ASET
130,000
130,000
130,000
130,000





Ekuiti




     Modal sendiri
10,000
10,000
10,000
10,000
     Untung Bersih
21,000
21,000
21,000
21,000
Jumlah









Liabiliti




   Baki Pinjaman
90,000
90,000
90,000
90,000
   Pemiutang
9,000
9,000
9,000
9,000
Jumlah









JUMLAH EKUITI dan LIABILITI
130,000
130,000
130,000
130,000




Bahagian 11 – Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

 

 

Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)


Contohnya:-

1.   Surat sebutharga
2.   Sijil kursus
3.   Surat sokongan pihak tertentu
4.   Surat dapat tender
5.   Sijil pendaftaran syarikat
6.   Salinan permit/lesen
7.   Surat-surat kepujian
8.   Bukti modal sendiri
9.   Salinan surat Cagaran
10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)


Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!


Cloud Based POS System