Terbaru

Bagaimana Mempercepatkan Proses Permohonan Pinjaman Perniagaan


Anda harus mengisytiharkan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai hal-hal kewangan anda

Institusi kewangan memerlukan dokumen-dokumen ini untuk
menentusahkan/memahami/menilai yang berikut:


  • Kewujudan syarikat/perniagaan,pengarah/pemilik perniagaan dan kuasa untuk meminjam dan kesahan pinjaman
  • Risiko operasi perniagaan dan kecekapan pengurusan, pengalaman dan kepakaran pemilik dan kumpulan pengurusan utama
  • Kekuatan kewangan dan keupayaan membayar balik (termasuk aliran tunai) peminjam
  • Nilai bersih perniagaan dan penggearan (gearing) peminjam
  • Kedudukan kewangan pengarah/pemilik perniagaan
  • Kebolehlaksanaan dan daya maju syarikat dalam keadaan ekonomi semasa
  • Industri dan risiko pasaran perniagaan
  • Risiko operasi perniagaan
  • Strategi/pelan kontingensi peminjam untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan
  • Cadangan kemudahan adalah selari dengan keperluan pinjaman
  • Amaun yang dipohon mencerminkan keperluan perniagaan berdasarkan kepada jualan sekarang atau ramalan
  • Risiko keseluruhan yang berkaitan dengan pinjaman yang dicadangkan

Anda harus mengisytiharkan maklumat
yang lengkap mengenai hal-hal kewangan
anda dan memastikan bahawa maklumat
tersebut adalah tepat pada masa permohonan
pinjaman dibuat. Pengisytiharan maklumat
yang betul juga akan memastikan
permohonan pinjaman anda cepat diproses.

Lawatan dan Sesi Temu Duga oleh Institusi Kewangan Untuk memahami perniagaan dan untuk
mendapatkan penjelasan, institusi kewangan mungkin mengadakan sesi temu duga dan
lawatan ke premis perniagaan anda.


Ini adalah untuk membolehkan institusi kewangan menilai kedudukan kewangan
dengan lebih baik. Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan ketika sesi temu duga dan lawatan
adalah berkaitan dengan perniagaan, struktur pengurusan, kedudukan pasaran iaitu pasaran
dikuasai, pesaing, ramalan pasaran, pelan masa hadapan dan putaran hayat produk.




Cloud Based POS System