Terbaru

Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIF)


Bantuan Kewangan

Bank Pembangunan Malaysia Berhad:
Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIF)

Objektif
Untuk menyokong usaha Kerajaan dalam membangunkan dan meningkatkan industri pelancongan.
Kadar pembiayaan maksimum : 4% - 5.50% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 20 tahun
Jumlah pembiayaan maksimum : RM50 juta atau 80% daripada jumlah kos projek
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Syarat kelayakan
  • Syarikat hak milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51%)dan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Koperasi 1993
  • Modal berbayar sekurang-kurangnya RM 5 juta atau 20% daripada jumlah pinjaman, yang mana lebih tinggi
  • Lokasi projek dijalankan di Malaysia
  • Projek mendapat surat sokongan daripada Kementerian Pelancongan
Tujuan pembiayaan pinjaman
Untuk membiayai peningkatan kos projek sedia ada atau projek baru (tidak termasuk tanah dan modal kerja). Untuk pembelian tanah, pembiayaan adalah sehingga 40% daripada harga tanah atau kos projek, yang mana lebih rendah
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Industri pelancongan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada BPMB
Hubungi
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Menara Bank Pembangunan
Bandar Wawasan
No. 1016, Jalan Sultan Ismail
50240 Kuala Lumpur
Tel : 03-2611 3888
Faks : 03-2692 8250
Laman Web: www.bpmb.com.my



Cloud Based POS System