Terbaru

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI


Bajet Tunai


Satu daripada kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana ialah membuat andaian bahawa untung bersih adalah sama dengan tunai. Ini tidak benar. Cara terbaik untuk menentukan banyak mana tunai yang ada pada sesebuah syarikat dan urus niaga yang mana satu yang menggunakan tunai pada masa-masa tertentu ialah dengan melihat bajet tunai syarikat. Bajet ini melaporkan peristiwa yang menyebabkan aliran masuk dan keluar bagi sesuatu tempoh fiskal.

Peranan pengurusan tunai bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana ada lima, seperti yang disenaraikan di bawah:

Peranan 1: Pencari Tunai

  • Memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi bagi membayar semua bil semasa dan yang akan datang



Peranan 2: Perancang Tunai

  • Memastikan tunai kepunyaan syarikat digunakan dengan cara yang betul dan efisien
  • Menjejaki pergerakan tunai
  • Meramalkan aliran masuk dan keluar

Peranan 3: Pengedar Tunai

  • Mengawal tunai yang diperlukan untuk membayar pembekal serta menetapkan keutamaan dan masa pembayaran
  • Meramalkan penggunaan tunai 

Peranan 4: Pemungut Tunai

  • Memastikan penghutang membayar hutang dalam masa yang ditetapkan

Peranan 5: Penjimat Tunai

  • Memastikan syarikat anda mendapat nilai yang maksimum untuk wang yang telah dibelanjakan
  • Terdapat 5 langkah asas di dalam menyiapkan bajet tunai:



– Menentukan baki tunai minimum yang mencukupi
– Meramalkan jualan
– Meramalkan penerimaan tunai
– Meramalkan penggunaan tunai
– Menentukan baki tunai pada akhir bulan

Dapatkan Software Aliran Tunai DISINI

Cloud Based POS System