Klik

Klik
Software RP

Tuesday, January 17, 2017

Pembiayaan Mikro Maybank Untuk Golongan Bekerja Sendiri dan Perusahaan Mikro

 Skim Pembiayaan Islamik Mikro (Maybank Islamic Micro)

Objektif
Skim pembiayaan yang mengenakan kadar keuntungan pada kadar berpatutan yang
dikhususkan untuk syarikat-syarikat mikro (micro enterprises) dan individu yang
bekerja sendiri.

  • Tempoh pembiayaan maksimum : 5 tahun 
  • Jumlah pembiayaan minimum : RM3,000
  • Jumlah pembiayaan maksimum : RM50,000
  • Kadar keuntungan (kadar faedah) :
Bagi pemohon yang bekerja sendiri:
– Jumlah pembiayaan dari RM 3,000 hingga RM 20,000,  11% setahun pada kadar tetap (fixed rate)
– Jumlah pembiayaan dari RM 20,001 hingga RM 50,000, 11% setahun pada kadar tetap (fixed rate)

Bagi permohonan oleh syarikat mikro (micro enterprise):
Kadar pembiayaan asas (BFR) + 1.75% setahun.


Konsep Pembiayaan Berasaskan Syariah:

  • Bekerja sendiri:
– Bai’ Inah (Sale and buy back)

  • Perniagaan Mikro:
– Bai’ Bithaman Ajil (Deferred Payment Sale)
– Musharakah Mutanaqisah (Diminishing Partnership)
– Murabahah (Cost plus sale)


Syarat kelayakan
 
Bagi yang bekerja sendiri, untuk dipertimbangkan permohonan, perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:-
1. WarganegaraMalaysia berusia antara 21 – 60 tahun
2. Bekerja sendiri (self-employed) dan memiliki permit atau lesen perniagaan yang sah
3. Perniagaan mestilah dijalankan secara sepenuh masa dan dikendalikan oleh pemilik
4. Telah beroperasi dan mempunyai pengalaman perniagaan sekurang-kurangnya selama 2 tahun
5. Tidak mempunyai rekod pinjaman yang buruk i.e. CCRIS, muflis dsb.nya

Bagi perniagaan mikro, untuk dipertimbangkan permohonan, perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut: –
1. Syarikat adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
2. Perniagaan telah beroperasi selama 2 tahun ke atas
3. Perniagaan adalah tergolong dalam kategori ‘perniagaan mikro’ sepertimana ditetapkan oleh Majlis
Pembangunan SME Kebangsaan atau National SME Development Council (NSDC), iaitu:
a) Memiliki tidak lebih daripada 5 pekerja sepenuh masa
b) Jualan tahunan tidak lebih daripada RM 200,000 bagi perniagaan mikro yang terlibat dalam sektor asas
tani dan sektor perkhidmatan
c) Jualan tahunan tidak lebih daripada RM 250,000 untuk perniagaan mikro yang terlibat dalam sektor
pembuatan.
d) No negative business financing records, i.e. CCRIS, bankruptcy etc.

Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Maybank
Pinjaman berkaitan:
pinjaman perniagaan maybank . pinjaman mikro maybank . pinjaman micro . pinjaman maybank untuk
perniagaan . pinjaman peribadi untuk bekerja sendiri . maybank pinjaman perniagaan . syarat pinjaman
perniagaan maybank . pinjaman untuk bekerja sendiri .

Sunday, October 23, 2016

Budget 2017 - Bantuan Untuk Usahawan

Budget 2017 - Bantuan Untuk Usahawan



MENJANA PENDAPATAN RAKYAT

  • Memperluas Program MySuria bagi 1,600 rumah di seluruh negara (RM45 juta)
  • Memperluas Program Mobilepreneur untuk 3,000 peserta (RM30 juta)
  • Melaksana Program Agropreneur untuk 3,000 usahawan muda (RM100 juta)
  • Menggiatkan Program eUsahawan & eRezeki untuk 300,000 peserta (RM100 juta)
  • Menggalak B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu ride-sharing seperti UBER. Bagi yang tiada kenderaan, pendahuluan boleh dibayar menggunakan BR1M & rebat sehingga RM4,000 bagi membeli Proton Iriz

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

  • Meningkatkan peluang & kapasiti perniagaan Bumiputera melalui SME Bank (RM100 juta)
  • Melaksanakan program keusahawanan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (RM100 juta)
  • Membantu usahawan kecil TEKUN, termasuk skim baharu TEMANITA (RM300 juta)
  • Program Pembiayaan Keusahawanan & Premis Perniagaan PUNB (RM200 juta)
  • Program keusahawanan MARA seperti industri halal, usahawan belia & latihan (RM120 juta)
  • Dana mudahcara TERAJU (RM500 juta)
  • Tabung Eksport di bawah TERAJU (RM100 juta)
  • Program Peneraju Skil dan Iltizam, Peneraju Profesional & Peneraju Tunas melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (RM100 juta)

Popular Posts

Format dan Contoh Bisnes Plan

Share

Widgets