Terbaru

Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM


Bantuan Kewangan

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM):

Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM

Objektif
Bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia melalui pemberian pembiayaan kepada isi rumah miskin di luar bandar bagi membiayai kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.
Tempoh pembiayaan maksimum : 25 minggu sehingga 6 bulan
Jumlah pembiayaan maksimum : RM20,000
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Amanah Ikhtiar Malaysia
Syarat kelayakan
  • Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerajaan berikut:
    - Semenanjung Malaysia: RM661 sebulan (RM152 per kapita)
    - Negeri Sarawak: RM765 sebulan (RM167 per kapita)
    - Negeri Sabah: RM888 sebulan (RM173 per kapita)
  • Peserta menubuhkan kumpulan seramai lima orang, sama jantina, bertanggungjawab dan tiada talian persaudaraan yang rapat
  • Perlu menjalani kursus wajib jangka pendek. Setelah lulus, wajib menyertai dan menghadiri ke mesyuarat mingguan pusat yang terdiri dari 2 hingga 8 kumpulan peserta AIM
Tujuan pembiayaan pinjaman
Modal kerja
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Semua aktiviti ekonomi
Prosedur permohonan
Pemohon bolehlah berhubung dengan pihak AIM
Hubungi
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
No. 2&4, Jalan Medan Setia 2
Plaza Damansara, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 0797
Faks: 03-2095 1889
Laman Web: www.aim.gov.my


Cloud Based POS System