Terbaru

Proses Penilaian Pinjaman Perniagaan


PERINGKAT KETIGA: PENILAIAN PERMOHONAN PINJAMAN

Selepas anda mengemukakan semua dokumen yang diperlukan, institusi kewangan akan
menilai permohonan pinjaman anda. Andaboleh merujuk kepada piagam pelanggan
yang dipamerkan di ruang legar bank untuk mengetahui tempoh yang diperlukan oleh
institusi kewangan untuk memproses permohonan anda.

Dalam menilai permohonan pinjaman anda, institusi kewangan akan menjurus
kepada keperluan asas tertentu seperti yang diringkaskan di bawah:




  • Daya maju perniagaan
  • Sama ada risiko adalah pada tahap yang boleh diterima menurut garis panduan pinjaman institusi kewangan
  • Keupayaan anda membayar balik pinjaman
  • Sama ada pinjaman anda adalah untuk membangunkan perniagaan
  • Sejarah kredit anda dengan institusi kewangan tersebut
  • Prinsip umum yang digunakan oleh institusi kewangan untuk menilai risiko kredit perniagaan boleh dibahagikan kepada 5 aspek yang merangkumi kedua-duapenilaian bersifat kualitatif dan kuantitatif.Kelima-lima prinsip tersebut dan ciri-cirimasing-masing adalah diringkaskan sepertidi bawah:

  • Karektor

– Pengetahuan anda tentang perniagaan,pengalaman dan projek yang lampau
– Kedudukan kewangan, rekod pembayaran balik yang lampau, reputasi dankomitmen kepada perniagaan



– Stail pengurusan perniagaan anda iaitu konservatif, aggresif, berhemat dansebagainya
– Pelan penggantian pengurusan, umur dan tahap kesihatan


  • Modal

– Sumber modal, misalnya sama ada daripada pemegang saham syarikat
– Kecukupan komitmen kewangan anda dalam perniagaan (dalam bentuk dana pemegang saham,pendahuluandaripada pengarah dan cagaran pihak ketiga yang disediakan oleh pemilik)
[Anda harus memastikan bahawa anda menyediakan modal yang mencukupi untuk menyokong perniagaan anda dan tidak hanya bergantung kepadapinjaman bank. Ini memastikan perniagaan
anda berkeupayaan menghadapi sebarangkejutan yang boleh menjejas pencapaiannya.]


  • Kapasiti

– Kapasiti atau kebolehan perniagaan untuk
membayar pinjaman melalui:


i. Penjanaan aliran wang tunai yang mencukupi iaitu, tunai masuk ditolak tunai keluar akibat perbelanjaan
adalah mencukupi untuk membayar balik pinjaman. (Keuntungan tidak boleh dimanfaatkan untuk membayar balik pinjaman memandangkan iaadalah keputusan pengiraan yangdiperolehi pada akhir sesuatu tempoh)

ii. Lain-lain punca pembayaran balik[Program pembayaran balik akandistrukturkan mengikut kaedah yang tidak akan terlalu membebankan perniagaan]


  • Keadaan

– Pengaruh luar yang akan memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap prestasi perniagaan seperti persekitaran teknologi/pembangunan, globalisasi, pasaran mata wang asing, ekonomi negara rakan dagangan utama, sistem perundangan, rangka kerjapengawalseliaan dan trend sosial



  • Cagaran

– Cagaran yang ditawarkan oleh anda untuk mengimbangi kelemahan bagi aspek-aspek yg diterangkan
Institusi kewangan menjalankan pemeriksaan kredit dan meneliti pengendalian akaun semasa perniagaan,
rekod pembayaran balik pinjaman dan kemudahan perdagangan. Sesetengah institusi kewangan sudahpun
memperkenalkan matriks penilaian pinjaman dalam bentuk pemarkahan sebagai sebahagian daripada proses penilaian kredit mereka.





Cloud Based POS System