Terbaru

Tabung Projek Usahawan Bumiputera


Bantuan Kewangan

Bank Negara Malaysia :
 Tabung Projek Usahawan Bumiputera

Objektif
Menyediakan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang memperolehi kontrak Kerajaan/ agensinya, badan-badan berkanun dan syarikat swasta/ awam yang bereputasi baik.
Kadar pembiayaan maksimum : 5% setahun atau kadar pinjaman asas Maybank
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 tahun
Jumlah pembiayaan maksimum : 70% daripada nilai kontrak setelah ditolak bayaran pendahuluan oleh Kerajaan (jika ada) atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih rendah
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
ERF Sdn. Bhd.
Syarat kelayakan
  • Usahawan Bumiputera atau syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan mempunyai kontrak berdaya maju
  • Digalakkan menjadi ahli kepada mana-mana badan berikut :
    • Dewan Perniagaan Melayu MalaysiaSabah/ W.P.Labuan
    • Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak
    • Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazan Dusun Sabah
    • USAHANITA
    • PERDASAMA
    • Lain-lain badan yang diluluskan oleh Panel Khas ERF Sdn. Bhd.
  • Kontraktor Bumiputera hendaklah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan sekiranya tidak, hendaklah berdafar dengan Kementerian Kewangan, TNB, Telekom dsb
  • Tidak mendapat kemudahan kredit dari mana-mana institusi untuk membiayai projek berkenaan
Tujuan pembiayaan pinjaman
  • Modal kerja sahaja
Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk :
  • Pembelian saham
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Semua sektor ekonomi
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada ERF Sdn. Bhd.
Hubungi
ERF Sendirian Berhad
Tingkat 7 & 9, Dataran Kewangan Darul Takaful
No. 4, Jln. Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
Tel : 03-2078 1378
Faks : 03-2072 1411
Laman Web : www.erf.com.my



Cloud Based POS System