Terbaru

PEMASARAN PERNIAGAAN - Business Marketing

Strategi pemasaran perniagaan
PEMASARAN PERNIAGAAN - Business Marketing

Definisi Pemasaran

Apa sahaja yang dijalankan bagi:
i  . Menawarkan produk atau servis yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
ii . Memberi kepuasan berterusan kepada pelanggan agar sentiasa membuat pembelian secara ulangan.
iii. Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau servis yang ditawarkan.
iv.Mengekal dan meningkatkan keuntungan kepada usahawan.

Konsep Pemasaran Yang Berorientasikan Pelanggan

i  . Memperakuakan bahawa pelanggan perlu diberi kepuasan secara berterusan dengan produk atau servis yang ditawarkan.
ii . Mengekalkan hubungan yang baik di antara ushawan dan pelanggan.
iii. Berusaha unutk mengenalpasti serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
iv. Memastikan wujudnya pasaran untuk produk atau servis yang ingin ditawarkan.
v . Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian oleh pelanggan.

Keperluan Dan Kehendak Pelanggan

i  . Keperluan lebih merupakan sesuatu yang asas yang mesti diperolehi,dimiliki, dan digunakan oleh pelanggan.
ii . Kehendak merupakan keinginan peribadi untuk sesuatu yang lebih baik daripada asas.

Persekitaran Pemasaran

i   . Suasana Pasaran
     Apakah trend dalam saiz pasaran,kadar perkembangan geografi dan keuntungan?

ii  . Suasana Pelanggan
      Bagaimanakah pelanggan dan bakal pelanggan menilai produk atau servis yang kita tawarkan berbanding dengan tawaran pesaing (imej,kualiti,servis dan harga).

iii . Suasana Sosio-budaya
     Apakah perubahan cara hidup pelanggan mempengaruhi perniagaan kita?

iv . Suasana Perubahan Teknologi
     Apakah perubahan yang berlaku dalam proses pembuatan,kaedah jualan dan sistem pengedaran.

v  . Suasana Bekalan Mentah
     Adakah kita mempunyai jaminan bahan mentah sentiasa mencukupi? (Sumber dan bahan mentah alternatif)

vi . Suasana Persaingan
     Siapakah mereka?
     Apakah kekuatan dan kelemahan mereka? (kualiti,harga,ciri-ciri produk,servis selepas jualan)

vii. Suasana ekonomi
     Bagaimana dengan trend dalam perkembangan atau kemelesetan ekonomi, kadar faedah pinjaman, kadar pinajamn, kadar inflasi, kedudukan nilai ringgit Malaysia, kadar kos menjalankan perniagaan (pengangkutan,pergudangan, promosi, tinjauan pemasran, kadar gaji semasa, kadar sewa premis, kos bahan mentah, mesin dan peralatan)

viii. Suasana Politik dan Undang-undang
      Apakah undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi? (isu alam sekitar, penggunaan buruh asing, kesihatan dan keselamatan pelanggan, kawalan harga, tuntutan pengiklanan, sukat dan timbangan, kegunaan bahan mentah yang dibenarkan dan sebagainya)
      Apakah peraturan baru yang mungkin dikenakan oleh Kerajaan?
   




Cloud Based POS System