Terbaru

PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN



PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

Mengapa Harus Menyimpan Kira-kira / Akaun Kewangan

1. Mentaksir keuntungan ( atau kerugian ) perniagaan kita.
2. Mengetahui kekuatan perniagaan melalui kedudukan harta dan tanggungan (hutang)
3. Mengetahui jumlah hutang kepada pembekal
4. Mengetahui jumlah yang dihutang oleh pelanggan
5. Mengetahui kedudukan jumlah pinjaman
6. Mengetahui jumlah kos atau perbelanjaan
7. Mempastikan keadaan ketunaian ( cashflow )

Konsep Perasingan Antara Perniagaan dan Diri Pemilik

Pengusaha mestilah menyedari hakikat bahawa Syarikat Perniagaannya adalah sebuah kewujudan (entiti) yang lain dan berasing daripada Diri Pemilik Sendiri.

Perbelanjaan untuk diri tidak boleh dicampurkan dengan perbelanjaan perniagaan.

Dengan menyimpan akaun yang betul, perasingan ini dapat dipastikan.

Dengan demikian, apa-apa wang daripada perniagaan tak boleh dipergunakan sesuka hati untuk kegunaan peribadi, kerana wang itu adalah untuk menampung perbelanjaan perniagaan.

Pemilik/pengusaha hanya berhak menerima gaji nya sahaja.dan baki keuntungan bersih, selepas cukai dan selepas ditanam balik ke dalam syarikat untuk pemebesaran.

Definasi

Perakaunan adalah satu cara untuk mencatit, mengkelaskan, meringkaskan urusniaga yang bercorak kewangan, mengikut sistem tertentu dan kemudiannya ditafsirkan hasil-hasil dari fungsi di atas.

Mencatit / Merekod

Segala urusniaga yang berlaku biasanya dicatitkan dalam dokumen-dokumen atau buku-buku tertentu seperti buku rsit, imbois (invoice), bil, buku cek dan lain-lain surat. Catitan dibuat mengikut tertib masa (tarikh).

Mengkelaskan

Catitan-catitan asal urusniaga tadi bercampur-campur dan tidak tersusun mengikut jenis.
Setelah sesuatu jangka masa, catitan-catitan itu dipindahkan dan dikumpulkan ke dalam akaun atau lejar masing-masing.
Diantara jenis-jenis akaun itu ialah Akaun Harta, Modal, Tanggungan (Hutang), Perbelanjaan dan Hasil.

Meringkaskan


  • Catitan yang telah dikumpulkan dalam Akaun atau Lejar masing-masing itu dijumlahkan dan dikira baki-bakinya. Baki-baki akaun ini disenaraikan dalam dua ruangan Debit dan Kredit, didalam Timbangan Duga ( Balance Sheet ). Timbangan Duga dibuat untuk mempastikan keseimbangan dalam akaun-akaun, sebelum dibuat penyata-penyata akhir. (Financial Statement)
  • Dari Timbangan Duga, Dibuat pula Penyata Untung Rugi, Penyata Untung Terkumpul, dan akhir sekali Kunci Kira-Kira.

Pihak pengurusan atau pengusaha sendiri ingin melihat keputusan perniagaannya dalam bentuk yang ringkas dan padat. Maklumat dari fungsi ketiga diatas dapat memenuhi keperluan ini.

Untuk mendapat fahaman yang betul dan teratur, Penyata-penyata Terakhir itu dapat ditafsirkan melalui nisbah-nisbah tertentu.

Inilah fungsi keempat dalam perakaunan, tafsiran hasil-hasil dari fungsi-fungsi akaun.

Analisa nisbah memperlihatkan bermacam-macam maklumat, seperti keadaan ketunaian, keberuntungan, beban hutang dll.

Inilah gunanya menyimpan akaun dan mentafsirkan butir-butir dari Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira.

Pengusaha boleh membuat keputusan berdasarkan analisa nisbah-nisbah itu untuk :

-membesarkan perniagaan
-mengurangkan jualan kredit
-memperbanyakan jualan (meluaskan pasaran)
-mempergunakan harta tetap dengan lebih aktif
-mengurangkan stok
-dan lain-lain

untuk dapatkan software/perisian untuk mengira Kunci kira-kira, Penyata Untung Rugi sila layari https://softwareperniagaan.mybizcore.com/





Cloud Based POS System