Terbaru

KETERAMPILAN DIRI USAHAWAN BERJAYA - Personal Entrepreneurial Competencies

KETERAMPILAN DIRI USAHAWAN BERJAYA

Hasil penyelidikan tentang ketrampilan keusahawanan yang wujud dalam diri kalangan usahawan - usahawan berjaya telah berjaya menggariskan 13 ciri yang ada pada mereka.

Berikut adalah 13 ciri ketrampilan Diri Usahawan Berjaya ( Personal Entrepreneurial Competencies - PECs )

1. Daya Inisiatif

Memulakan tindakan walaupun melampaui keperluan kerja yang diperlukan oleh situasi.

i. Melakukan sesuatu sebelum diarah atau dipaksa oleh keadaan.
ii.Bertindak untuk mempelbagaikan perniagaan, barang keluaran atau perkhidmatan ke dalam bidang-bidang yang baru.

2. Kemampuan Melihat dan Merebut Peluang

Mencari dan bertindak terhadap peluang-peluang baru dalam perniagaan.

i. Mencari dan bertindak terhadap peluang baru yang muncul.
ii.Merebut peluang yang luar biasa untuk memperluaskan pasaran atau mempertingkatkan perniagaan.

3. Cekal

Melakukan usaha berulang kali untuk mengatasi halangan yang boleh membantutkan pencapaian matlamat.

i. Berusaha berulang kali atau dengan cara lain untuk mengatasi masalah.
ii.Mengambil tindakan untuk melakukan sesuatu penyelesain bila menghadapi masalah besar.

4. Kemampuan Mencari Maklumat

Berusaha sendiri  untuk mendapatkan maklumat demi untuk mencapai matlamat perniagaan atau menyelesaikan masalah perniagaan.

i.  Melakukan penyelidikan sendiri
ii. Mendapatkan khidmat nasihat pakar.
iii.Bertanya sendiri kepada pelanggan.
iv.Membuat penyiasatan sendiri.
v. Menggunakan rakan atau rangkaian maklumat.

5. Penyelesaian Masalah Secara Kreatif

Mengenalpasti idea- idea baru yang mempunyai pontensi dari segi keunikan untuk menyelesaikan masalah dan penyampaian maklumat.

i. Beralih kepada strategi alternatif untuk mencapai matlamat.
ii.Menghasilkan idea - idea baru untuk penyelesaian yang inovatif.

6. Keyakinan Diri

Mempunyai kepercayaan yang tinggi terhaap kemampuan diri sendiri.

i.  Keyakinan tinggi terhadap kemampuan diri dalam menghadapi cabaran.
ii. Berpendirian dalam menyatakan keputusan sendiri walaupun mendapat tentangan hebat.
iii.Melakukan sesuatun unutuk mengurangakan risiko dalam melaksanakan keputusan.

7. Ketegasan

Sanggup menghadapi masalah dengan orang lain secara berterus terang.

i.  Mencari penyelesaian masalah secara terus terang.
ii. Memberitahu pelangganm, pekerja atau yang berkenaan apa yang patut mereka lakukan.
iii.Memberi amaran atau mengambil tindakan disiplin tanpa memilih kasih.

8. Kemampuan Meyakinkan Orang Lain

Mampu memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain.

i.  Memujuk dan meyakinkan orang lain unutk memberi perkhidmatan pelaburan atau pinjaman.
ii. Memujuk dan meyakinakan orang untuk melaksanakan kerja.
iii.Meyakinkan pelanggan terhadap keluaran atau perkhidmatan syarikat.

9. Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi

Berusaha untuk mencapai tahap atau melampaui piawaian untuk menghasilkan perkhidmatan cemerlang.

i. Berkeinginan untuk perkhidmatan yang bermutu.
ii.Meningkatkan mutu kerja kepada tahap yang lebih tinggi.

10. Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja

Memberi keutamaan dalam mempastikan sesuatu tugas atau kerja disiapkan mengikut perjanjian.

i.  Melakukan usaha-usaha yang lebih dari biasa untuk menyelesaikan masalah dan kepuasan pelanggan.
ii. Mengambil tanggunjawab sepenuhnya dalam menghadapi masalah dan kepuasan pelanggan.
iii.Mengambilalih tugas unutk mempastikan kerja disiapkan dengan baik.
iv.Menitikberatkan kepuasan pelanggan.

11. Orientasi Ke Arah Kecekapan

Mencari kaedah yang lebih pantas dan sumber input yang lebih berkesan unutk penjimatan kos.

i.  Mencari jalan untuk melakukan kerja dengan lebih pantas.
ii. Mempertingkatkan kecekapan melalui maklumbalas.
iii.Memberi perhatian yang tinggi terhadap perbandingan kos atau faedah hasil dari sesuatu tindakan.

12. Perancangan Yang Sistematik

Mewujudkan dan menggunakan perancangan yang terperinci dan logikal untuk mencapai matlamat.

i.  Mewujudkan pembahagian tugas.
ii. Mengambilkira strategi-strategi untuk mengatasi halangan dalam perlaksanaan.
iii.Menilai pilihan yang ada.
iv.Mengambil pendekatan yang sistematik dalam perlaksanaanaktiviti-aktiviti.

13. Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh

Kecenderungan unutk memikirkan strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.

i.  Berusaha untuk mewujudkan rakan perniagaan ( business contacts)
ii.  Menggunakan pengaruh orang lain sebagai agen untuk mencapai matlamat.
iii. Mengawal maklumat yang diberikan kepada orang lain.
iv. Menggunakan strategi tertentu untuk mempengaruhi dn memujuk orang lain.

Selain dari 13 ketrampilan diri usahawan berjaya yang telah diterangkan diatas, usahawan yang berjaya juga mempamerkan matlamat yang jelas dan mencabar.

# Sumber : USAID Special Seminar for Entrepreneurship, Oxford July 1985.

Penutup

Seseorang yang beriltizam untuk menjadi usahawan perlu melakukan analisis diri dri segi tahap ketrampilan keusahawanan yang wujud dalan diri sendiri. Dalam analisis tersebut kekuatan dan kelemahan diri dari sudut keusahawan dikaji dan dinilai. Ketrampilan keusahawanan yang tinggi perlu dipupuk dan ketrampilan yang lemah perlu diatasi melalui proses perubahan sikap dan gaya individu tersebut berfikir.

Selain dari perilaku keusahawanan, individu yang ingin menjadi usahawan bertaraf berjaya juga perlu sentiasa menunjukkan ciri-ciri ketaqwaan, beretika dalam mengendalikan perniagaan dan tanggungjawab kepada pelanggan.

Cloud Based POS System