Terbaru

SKIM PEMBIAYAAN KECIL FRANCAIS (SPKF) - KPDNKK


Adakah Anda Berminat Menjalankan Perniagaan  Francais Tetapi Tiada Modal?


Bagi membantu bakal-bakal usahawan daripada golongan berpendapatan sederhana menceburi bidang perniagaan francais dan menjana pendapatan sampingan, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN KECIL FRANCAIS (SPKF) yang menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.
Skim ini menyediakan pembiayaan perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

Objektif
SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.
Syarat-syarat Pemberian Skim Pembiayaan Kecil Francais:
1Saiz PembiayaanRM 50,000 (Maksimum)
RM 5,000 (Minimum)
2Yuran Perkhidmatan3% setahun ke atas baki berkurangan
3Tempoh Masa PembayaranMaksimum 5 tahun atau tempoh masa perjanjian francais



Kriteria Kelayakan Skim Pembiayaan Kecil Francais
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan;
  • Terbuka kepada francaisi tempatan dengan perniagaan francais tempatan berdaftar dengan pendaftar Francais di bawah Akta Francais 1998;
  • Permohonan Pembiayaan perlu dibuat melalui syarikat Sdn. Bhd. / perkongsian / enterprise;
  • Pemohon adalah usahawan yang merupakan pemilik / pengusaha perniagaan;
  • Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor tempatan;
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  • Perniagaan 100% milik tempatan (milikan tunggal / perkongsian / Sdn. Bhd.);
  • Tidak disenarai hitam oleh institusi kewangan (*laporan CCRIS menunjukkan ansuran tertunggak tidak melebihi 2 bulan);
  • Tidak diisytihar sebagai seorang bankrup;
  • Tidak berhadapan dengan mana-mana prosiding di mahkamah;
  • Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan berasaskan shariah;
  • Terbuka kepada pakej francais yang tidak melebihi RM50,000 dengan margin pembiayaan 90% termasuk MRTA, yuran guaman dan lain-lain kos yang berkaitan;
  • Pembiayaan melebihi RM10,000 diwajibkan mengambil perlindungan kredit takaful yang ditetapkan.

Cara Memohon
Muat turun borang permohonan di sini 

Hantarkan permohonan anda kepada:
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Seksyen Pemasaran, Jabatan Francais,
Tingkat 9B, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(Per: En. Zafrul Azman Azraai)
Tel : 03-2698 6670   
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai skim ini boleh hubungi:
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Seksyen Pemasaran, Jabatan Francais,
Tingkat 9B, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(Per: En. Zafrul Azman Azraai)
Tel : 03-2698 6670
Untuk maklumat lanjut layari:



Cloud Based POS System