Terbaru

Bantuan Kewangan Perbadanan Nasional Berhad (PNS): Skim Pra-Francais


Bantuan Kewangan

Perbadanan Nasional Berhad (PNS):

37.       Skim Pra-Francais

Objektif
Membantu francaisor baru Bumiputera dengan menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor dan francaisi induk yang berpotensi.
Kadar pembiayaan maksimum : 6% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 10 tahun
Jumlah pembiayaan maksimum : 2.0 juta
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Perbadanan Nasional Berhad
Syarat kelayakan

  • Syarikat perniagaan yang masih belum berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan 50% ekuiti dipegang oleh Bumiputera
  • Mencatat keuntungan dan dana pemegang saham yang positif dalam akaun audit terkini dan mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan dan telah beroperasi tidak kurang dari setahun
  • Menyediakan pelan perniagaan terperinci dan jangka masa untuk mendaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) serta perniagaan perlu mematuhi Garis panduan Syariah
  • Mengemukakan permohonan pendaftaran francais kepada Pendaftar Français (ROF), tidak lebih dari dua tahun dari tarikh pengeluaran pertama pinjaman
Tujuan pembiayaan pinjaman
Pinjaman berjangka
Prosedur permohonan
Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada PNS
Hubungi
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Foyer Tingkat 2, Putra World Trade Centre
45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2698 7800
Faks : 03-2698 7080
Laman web : www.pns.com.my


Cloud Based POS System