Tips panduan perniagaan francais
Perniagaan francais, dalam banyak hal adalah sama dengan perniagaan lain. Maksudnya bersama perniagaan francais terdapat risiko, usaha dan modal.
Ini bermakna sesbuah perniagaan francais boleh gagal. Oleh itu penilaian peluang francais adalah perlu sebelum ia dimulakan.
Lima perkara yang perlu dinilai ialah:
a) Diri anda
b) Francaisor dan system
c) Keadilan kepada anda
d) Daya maju lokasi tertentu dan
e) Masa depan
a) Diri Anda
Anda perlu mengetahui sifat diri sendiri sama ada mirip kepada usahawan, francaisi atau pengurus. Sifat seorang francaisi agak berlainan daripada usahawan dan pengurus. Francaisor mengharapkan anda berkelakuan sepatutnya supaya system francaisnya dapat berjalan lancar.
Anda perlu mempunyai sedikit modal sendiri. Anda tidak boleh mengharapkan segala sumber bantuan kewangan datang daripada Bank atau francaisor.
Sebagai panduan, "jika anda boleh melakukan sendiri, tidak perlu francais"
b) Francaisor dan Sistemnya
Francaisor mesti mempunyai rekod untuk sekian lama yang menonjolkan namanya dan sistemnya. Sebaiknya masyarakat sudah mengenali nama perniagaan tersebut, francaisor mempunyai system pengurusan dan operasi yang mantap, francaisor mempunyai cawangannya sendiri, dan francaisor mempunyai sokongan kewangan yang kuat.
Perkara-perkara ini boleh diperiksa melalui beberapa sumber seperti:
a) Dokumen penzahiran
b) Francaisi sedia ada atau bekas francaisi, dan
c) Rancangan pengembangan perniagaan
c) Keadilan Kepada Anda
Pastikan syarat dan terma yang dikenakan kepada anda oleh francaisor tidak terlalu berat sebelah. Situasi yang baik ialah "win-win".
Dapatkan khidmat bantuan professional dalam menilai dokumen-dokumen seperti:
a) Dokumen penzahiran, dan
b) Dokumen perundangan
d) Daya Maju Lokasi Tertentu
Pastikan anda sendiri terlibat dalam menyediakan laporan daya maju sesuatu lokasi yang dicadangkan. Gunakan perangkaan yang dibekalkan oleh francaisor dan sila kaji logoknya angka-angka yang diberi oleh francaisor dalam konteks daya maju lokasi yang dicadangkan.
e) Masa Depan
Sila amati rancangan masa depan francaisor dan nillai akan keberkesanannya serta implikasi kepada perniagaan anda. Pastikan juga dalam system francaisor itu terdapat kemudahan menyelesaikan masalah antara francaisor dan francaisi. Akhirnya apakah peluang francais ini bersesuai dengan rancangan peribadi anda.
KESIMPULAN
"Semakin sukar mendapatkan sesuatu francais, semakin baik peluang berjaya perniagaan francais tersebut"