Terbaru

MyCOID

Pemudah, pasukan petugas khas negara bagi mempermudah semua aspek penyelesaian urusan di Malaysia, memperkenalkan rujukan satu nombor tunggal yang dipanggil MyCoID.
Sebagai permulaan, mulai 1 Julai, rujukan nombor tunggal itu digunakan bagi lima agensi, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Semua agensi lain akan menggunakan nombor rujukan ini secara berperingkat, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sektretariat Pemudah.
MyCoID ialah nombor pengenalan entiti perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan agensi kerajaan.
Ia nombor pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat, pemilik tunggal dan perkongsian.
“Syarikat sedia ada (yang mendaftar sebelum 1 Julai 2009) boleh menggunakan nombor pendaftaran sebagai MyCoID apabila berurusan dengan LHDN, KWSP dan HRDF mulai 1 September.
“Bagaimanapun, bagi KDRM dan Perkeso, hanya boleh menggunakan nombor pendaftaran SSM masing-masing sebagai MyCOID mulai 1 Januari 2010,” katanya.

Secara ringkasnya, Nombor Identiti Korporat Malaysia atau MyCoID merujuk kepada nombor perbadanan syarikat yang digunakan sebagai satu nombor rujukan tunggal untuk pelbagai urusan pendaftaran dan transaksi dengan agensi kerajaan yang berkenaan. Dengan adanya MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakan satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) bagi urusan pendaftaran, rujukan dan transaksi dengan agensi-agensi berikut:
1.Lembaga Hasil Dalam Negeri
2.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
3.Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
4.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
5.Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp. Malaysia)

Bagaimana MyCoID berfungsi ?

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.
Fasa pertama MyCoID akan memperkenalkan penggunaan satu nombor rujukan untuk kegunaan di pelbagai agensi. Inisiatif ini akan ditambah baik melalui fasa kedua iaitu dengan memperluas serta memaksimumkan potensi pemakaian MyCoID menerusi pembangunan sistem yang akan membolehkan pengkalan data dan maklumat berlaku secara automatik.
Ini bermakna pemilik-pemilik syarikat baru tidak perlu lagi pergi ke pelbagai agensi untuk tujuan pendaftaran kerana proses tersebut boleh berlaku serentak dengan hanya satu proses pendaftaran di SSM.

Apakah Faedah MyCoID ?

MyCoID dicipta untuk membantu usahawan mengurangkan birokrasi disamping menjimatkan masa usahawan di Malaysia. Jika dahulu segalanya terpaksa dilakukan secara manual, kini MyCoID telah tercipta untuk memudahkan perniagaan dan pentadbiran syarikat.
Secara mudahnya terdapat beberapa faedah MyCoID, antaranya;
1.Memudahkan orang awam terutamanya komuniti usahawan.
2.Mempertingkatkan keberkesanan transaksi di antara orang awam dengan agensi kerajaan yang berkaitan.
3.Mempertingkat interaksi antara agensi.
4.Komponen penting dalam pembangunan sistem automatik yang membolehkan sesebuah syarikat mendaftar serentak dengan agensi yang berkaitan selepas ia ditubuhkan.
5.Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam persekitaran koporat negara.

Cloud Based POS System