Terbaru

SME Bank salur RM38 juta kepada industri perfileman

SME Bank salur RM38 juta kepada industri perfileman
KUALA LUMPUR - Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) telah menyalurkan pinjaman lebih RM38 juta melalui Skim Pinjaman Filem Cereka kepada industri perfileman dan video negara.
"Dana yang bernilai RM50 juta ini telah diperuntukkan kepada SME Bank oleh Kementerian Kewangan dan setakat ini, sejumlah 36 syarikat telah menerima pinjaman dari skim ini," kata Naib Presiden II dan Ketua Operasi II Pembangunan Perniagaan bank itu, Abdul Jalal Atan.
Beliau berkata demikian di majlis taklimat dan penerangan antara SME Bank dengan Persatuan Pengarah-pengarah Filem Malaysia (FDAM).
Katanya kira-kira RM15 juta masih tersedia untuk dipinjamkan kepada penerbit yang berniat untuk menghasilkan filem.
Dalam skim ini, pihak yang berminat cuma perlu menjalani proses penilaian oleh bank dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) manakala pinjaman tidak memerlukan sebarang cagaran.
Beliau berkata tiga syarikat telah berjaya melangsaikan pinjaman yang dibuat sepenuhnya manakala syarikat yang lain sedang menjalankan penerbitan filem atau sedang menyelesaikan pinjaman masing-masing.
Namun, jumlah pinjaman yang boleh dibuat melalui skim ini dihadkan kepada RM1.5 juta sahaja bagi setiap filem, dengan dikenakan faedah 4.0 peratus setahun dan pihak bank juga memberi peminjam satu tahun sebagai "tempoh pernafasan" sebelum sebarang bayaran pinjaman dimulakan. SME Bank merupakan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.
Software Rancangan Perniagaan No 1 Malaysia. Hanya Satu Klik buat kertas kerja, proposal perniagaan >>> http://mybizplan.50webs.com

Cloud Based POS System