Thursday, December 30, 2010

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, PUNB - Skim PROSPER Siswazah

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, PUNB ditubuhkan dengan fokus untuk membangunkan usahawan dalam perniagaan strategik serta perniagaan yang mempunyai potensi tinggi untuk diketengah dan diperkembangkan di peringkat nasional dan juga global. PUNB ditubuhkan pada tahun 1991 dan dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu bumiputera.
PUNB komited untuk membantu golongan Bumiputera berjaya sebagai usahawan dengan memberi mereka asas keperluan perniagaan serta kebolehan untuk bersaing, berdaya tahan, rajin dan kemampuan untuk berkembang. Atas semangat yang sama, PUNB menggalakkan pihak pengurusan pengurusan dan warga kerja nya untuk seiring dengan hasrat ini; bersikap positif, maju dan dinamik, berpegang kepada integriti, amanah dan kejujuran.
Skim PROSPER Siswazah diperkenalkan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dalam usaha mengembang dan menggalakkan lagi bidang keusahawan di kalangan warga Malaysia.
Skim PROSPER Siswazah memberi peluang kepada siswazah muda bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawan serta menjadikan perniagaan sebagai cabang kerjaya utama mereka. Matlamat utama skim ini adalah untuk menerapkan pengetahuan dan membekalkan kemahiran kepada siswazah bumiputera, khususnya bidang peruncitan (retail) dan pengedaran (distribution).
Kemudahan Pinjaman Perniagaan Skim PROSPER Siswazah
Terdapat 2 jenis pinjaman perniagaan dalam skim ini yang kedua duanya berlandaskan kepada prinsip Qard Al-Hasan (pinjaman yang berteraskan kepada tanggungjawab sosial dan bukan berdasarkan kepada keuntungan).
1. Pakej Pinjaman Perniagaan A:
Pinjaman disediakan dalam julat antara RM5,000 – RM50,000 dan diberikan untuk perniagaan tunggal (sole propriety), perkongsian (partnership) atau sendirian berhad (limited liability). Usahawan perlu menyumbangkan modal sendiri sebanyak RM500 untuk satu projek. Manakala tempoh pembayaran balik pinjaman adalah di antara 3 hingga 7 tahun.
2. Pakej Pinjaman Perniagaan B:
Pinjaman yang disediakan adalah antara RM50,001 – RM100,000 dan disediakan untuk perniagaan perkongsian (partnership) dan sendirian berhad (limited liability) sahaja. Tempoh pembayaran adalah dari 5 hingga 7 tahun dan setiap usahawan dalam syarikat perlu menymbang RM500 kepada projek perniagaan tersebut.
Syarat syarat permohonan Skim PROSPER Siswazah
Siswazah bumiputera hendaklah memiliki sekurang kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dan berumur tidak melebihi dari 30 tahun sewaktu pendaftaran. Setiap usahawan perlu mampu membiayai perniagaan masing masing sebanyak RM500 dan sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.
Perniagaan yang hendak dijalankan harus dimiliki sepenuhnya (100%) oleh bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan tersebut. Perniagaan baru atau perniagaan yang sedang berkembang layak untuk memohon.
Proses Permohonan SKIM Prosper Siswazah
  1. Pendaftaran peserta melalui borang PROSPER
  2. Peserta menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan
  3. Peserta hadiri kursus keusahawanan dan perniagaan selama 3 hari (yuran kursus adalah sebanyak RM50)
  4. Pembentangan Rancangan Perniagaan (RP) daripada peserta kepada panel
  5. Peserta dianugerah kelulusan pembiayaan (atau ditolak)
  6. Peserta yang dianugerah kelulusan akan menghadiri Kursus Asas Keusahawanan yang dikendalikan oleh PUNB selama 4 hari
Untuk memohon, peserta perlu menghantar Rancangan Perniagaan mereka ke:
Sekretariat PROSPER
Perbadanan Usahawanan Nasional Berhad, PUNB
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral, Jalan Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
atau emel ke: prosper_siswazah@punb.com.my
Anda juga boleh mengisi borang Skim PROSPER Siswazah di sini.
Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan Skim PROSPER Siswazah.

http://mybizplan.50webs.com
http://rancanganperniagaan.co.cc
Share

Widgets

Popular Posts