Terbaru

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM1 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera di bawah Skim Jaminan Portfolio (PG)






MALAYAN Banking Bhd (Maybank) memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM1 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera di bawah Skim Jaminan Portfolio (PG) yang diperkenalkan bank itu.
Ketua Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Lim Hong Tat berkata, di bawah skim PG, pemohon layak mendapat pembiayaan  minimum sebanyak RM50,000 hingga RM1.5 juta dengan jaminan sehingga 80 peratus daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC).
“Perjanjian yang ditandatangani bersama CGC ini akan memberi manfaat besar kepada PKS Bumiputera untuk lebih berdaya saing dan mengembangkan lagi perusahaan mereka.
“Ia juga membolehkan Maybank membantu PKS Bumiputera bukan sahaja di bandar, tetapi di pinggir bandar dan luar bandar,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Maybank dengan CGC dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan CGC di Kuala Lumpur, semalam.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata, 1,000 PKS Bumiputera dijangka menerima manfaat skim PG.
“Maybank turut bersetuju kurangkan kos pinjaman untuk bantu PKS Bumiputera.
“Di bawah skim ini juga segala urusan terutama melibatkan proses permohonan dan kelulusan pembiayaan akan menjadi lebih cepat dan mudah,” katanya.
Selain itu, CGC akan menawarkan dana RM2.7 bilion tahun ini kepada PKS dalam empat segmen utama iaitu perniagaan baru, usahawan Bumiputera dan pertumbuhan baru.

Cloud Based POS System