Saturday, April 14, 2012

Bantuan Kewangan Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT (SLICT)


Bantuan Kewangan

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF):

Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT (SLICT)

Objektif
Untuk membantu PKS meningkatkan daya saing, kecekapan dan produktiviti melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengurusan perniagaan dan operasi.
Kadar pembiayaan maksimum : 3% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 ½ tahun termasuk tempoh kelonggaran pembayaran sehingga 6 bulan
Jumlah pembiayaan minimum : RM20,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000 atau sehingga 75% (80% bagi Bumiputera) daripada kos pembelian peralatan
Syarat kelayakan
  • Syarikat hak milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 60%) dan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
  • Saham syarikat yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai hendaklah tidak melebihi 20%
  • Memegang lesen perniagaan yang sah
Tujuan pembiayaan pinjaman
Pembelian perisian dan perkakasan untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  • Perkilangan (termasuk perkhidmatan berkaitan perkilangan)
  • Perkhidmatan (tidak termasuk insuran dan perkhidmatan kewangan)
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDF
Hubungi
Malaysian Industrial Development Finance Berhad
Tingkat 21, Bangunan Amanah Capital
82, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel : 03-2173 8888
Faks : 03-2173 8877
Laman Web : www.midf.com.my


Bantuan Kewangan Skim Pembiayaan Filem Cereka


Bantuan Kewangan

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank):

Skim Pembiayaan Filem Cereka

Objektif
Menggalakkan pengusaha-pengusaha filem Malaysia menerbitkan filem yang berjaya untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kadar pembiayaan maksimum : 4% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : anuiti
Jumlah pembiayaan minimum : RM100,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM1.5 juta atau 90% daripada kos projek
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
SME Bank
Syarat kelayakan
  • Syarikat filem Malaysia yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Mempunyai lesen sah perfileman di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
  • Berpengalaman dan/atau rekod prestasi produksi filem yang baik
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Industri perfileman
Perbelanjaan yang layak dituntut
Modal kerja
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada SME Bank
Hubungi
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
Menara SME Bank Malaysia
Jalan Sultan Ismail
Peti Surat 12352
50774 Kuala Lumpur
Tel : 03-2615 2020
Faks : 03-2698 8077
Laman Web : www.smebank.com.my


Bantuan Kewangan: Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)


Bantuan Kewangan

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank):

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

Objektif
Untuk membantu pengusaha-pengusaha Bumiputera yang beroperasi di luar bandar mendapatkan pinjaman untuk menjalankan perusahaan mereka.
Kadar pembiayaan maksimum : 5% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 hingga 7 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM30,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000 atau berdasarkan kepada tempoh syarikat telah beroperasi
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
SME Bank
Syarat kelayakan
  • Dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Diusahakan sepenuh masa dan beroperasi di luar kawasan Dewan Bandaraya
  • Pengusaha perseorangan hendaklah berumur kurang daripada 55 tahun
Tujuan pembiayaan pinjaman
    • Pembelian mesin dan peralatan
    • Modal pusingan
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
    • Pembuatan
    • Perkhidmatan
    • Francais
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada SME Bank
Hubungi
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
Menara SME Bank Malaysia
Jalan Sultan Ismail
Peti Surat 12352
50774 Kuala Lumpur
Tel : 03-2615 2020
Faks : 03-2698 8077
Laman Web : www.smebank.com.my

Bantuan Kewangan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad:

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

Objektif
Untuk membantu usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di luar bandar.
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 hingga 7 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM30,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Syarat kelayakan
  • Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Pemohon mengusahakan perniagaan secara sepenuh masa di luar bandar
Tujuan pembiayaan pinjaman
  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Modal kerja
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  •   Pembuatan
  •   Perkhidmatan
  •   Pertanian termasuk perikanan dan penternakan
  •   Aktiviti-aktiviti sokongan yang berkaitan dengan bidang industri
  •   Pelancongan
  •   Kontraktor Kelas F
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Hubungi
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Bangunan Bank Rakyat
Jalan Tangsi
Peti Surat 11024
50732 Kuala Lumpur
Tel : 03-2612 9600
Faks : 03-2612 9655
Laman web : www.bankrakyat.com.my


Wednesday, April 4, 2012

Modal untuk Usahawan Koperasi (MUSK) - BANK RAKYAT


Bantuan Kewangan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad:

Modal untuk Usahawan Koperasi (MUSK)

Objektif
Menyediakan pembiayaan mikro untuk membantu ahli koperasi yang menjalankan perniagaan sepenuh masa.
Tempoh pembiayaan maksimum : sehingga 3 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM1,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM50,000
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Syarat kelayakan
  • Ahli koperasi yang bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan kecil
  • Berumur antara 18 - 65 tahun
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Mempunyai pengalaman perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Anggota Kumpulan Bantu Diri
  • Memiliki lesen perniagaan yang sah dan rumah berhampiran dengan kawasan perniagaan      
Tujuan pembiayaan pinjaman
  • Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran
  • Modal kerja
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  • Pertanian
  • Perkhidmatan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bank Rakyat
Hubungi
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Bangunan Bank Rakyat
Jalan Tangsi
Peti Surat 11024
50732 Kuala Lumpur
Tel : 03-2612 9600
Faks : 03-2612 9655
Laman web : www.bankrakyat.com.my




Bantuan Kewangan Yayasan Tekun Nasional (YTN): Kemudahan Pembiayaan Tekun


Bantuan Kewangan

Yayasan Tekun Nasional (YTN):

Kemudahan Pembiayaan Tekun

Objektif
Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk keperluan modal kerja bagi membantu usahawan kecil bumiputera memulakan perniagaan dan melaksanakan projek perniagaan.
Tempoh pembiayaan maksimum : 6 bulan-5 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM500
Jumlah pembiayaan maksimum : RM50,000
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
YTN
Syarat kelayakan
  • Usahawan Bumiputera yang berumur antara 18 hingga 60 tahun
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak memuaskan dengan institusi kewangan atau agensi Kerajaan
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada adalah antara RM5,000 sehingga RM20,000 tertakluk kepada jenis pembiayaan skim TEKUN
  • Usahawan terlibat secara langsung di dalam perniagaan
Jenis bantuan / Bentuk pembiayaan
  • TEKUN Niaga
    Modal kerja tambahan untuk gerai tetap dan bergerak atau kedai bagi menjalankan perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran
  • TEKUN Rakan Niaga 
    Pembiayaan bagi pakej perniagaan usahasama dengan TEKUN i.e produk kecantikan, makanan beku, pusat tuisyen dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN
  • TEKUN Tunas
    Modal permulaan kepada usahawan baru yang berpotensi mengusahakan gerai tetap atau bergerak atau kedai bagi perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran
  • TEKUN Ternak 
    Menyediakan pembiayaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan atau penternakan seperti lembu dan kambing, membiak burung Puyuh, ikan air tawar dan udang
  • TEKUN Tani
    Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pertanian seperti penanaman pisang, jagung, tebu dan sayur-sayuran atau pokok ornament/hiasan seperti orkid, kaktus dan pokok bonsai
  • TEKUN Jangka Pendek
    Pembiayaan modal kerja daripada RM500 sehingga RM2,000 dengan pembayaran secara mingguan antara 1 bulan sehingga 3 bulan bagi menguruskan gerai pasar sehari atau malam, bazaar Ramadhan, pameran dan aktiviti promosi jualan
  • TEKUN Pelancongan
    Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pelancongan seperti inap desa program (Homestay), chalet, peralatan reakreasi, agro pelancongan dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN
Prosedur permohonan
  • Hubungi pejabat TEKUN yang terdekat
  • Hadiri majlis taklimat yang akan diadakan oleh YTN
  • Permohonan hendaklah dihantar terus ke TEKUN
Hubungi
Yayasan TEKUN Nasional
No. 2, Wisma Matmunap
Jalan 4/146, Metro Centre
Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9058 8550
Faks : 03-9059 5980
Laman web : www.tekun.gov.my


Share

Widgets

Popular Posts