Terbaru

Senarai Venture Capital Malaysia - Modal Teroka Bisnes

Venture capital malaysia


Venture Capital / Modal Teroka ialah modal atau wang yang dilaburkan untuk syarikat usaha niaga oleh pelabur yang bukan pemilik asal syarikat itu.Pemodal teroka (venture capitalist) ialah mereka yang menyediakan modal; ini termasuk individu, bank pelaburan dan institusi yang mengkhususkan dalam menyediakan modal teroka. Pemodal teroka menjangka ada pelaburan mereka yang berjaya dan ada yang gagal. Kelangsungan pelaburan mereka bergantung kepada pemilihan lebih banyak pelaburan yang berjaya daripada yang gagal. Pemodal teroka menghadapi risiko lebih tinggi untuk rugi daripada pelabur yang melabur dalam perniagaan yang terbukti berjaya. Oleh kerana itu pelabur modal teroka mahukan jangkaan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan mereka. Apabila melabur dalam syarikat usaha niaga, pelabur ini biasanya mahu memiliki saham dalam perniagaan tersebut. Sebagai sebahagian daripada pemilik, pemodal teroka mempunyai lebih banyak kawalan ke atas pelaburan mereka dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi jika perniagaan itu berjaya. Pemilik asal perniagaan mungkin perlu bersetuju kepada syarat ini jika ia satu-satunya cara untuk mendapatkan wang dan mengumpul dana tanpa meminjam. Pemilik juga mengalu-alukan kepakaran kewangan dan perniagaan yang boleh diberikan oleh pemodal teroka.

Senarai Venture Capital Malaysia - Modal Teroka Bisnes ( Modal Usaha Niaga )


1. MAVCAP Venture Capital Financing


Objektif
Untuk memupuk dan membina sektor teknologi dan pasaran modal teroka di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan modal teroka.
Limit Pelaburan Minimum: RM50,000
Limit Pelaburan MaksimumRM40 juta
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi yang terlibat :
MAVCAP
Priority sectors
  • Telekomunikasi dan rangkaian / Telecommunication and networking
  • Teknologi informasi / Information technology
  • Internet
  • Electronics
  • Semi-conductors
Prosedur permohonan 
Sila hubungi MAVCAP untuk info lanjut dan syarat
Permohonan hendaklah dihantar ke MAVCAP
Hubungi
Malaysian Venture Capital Management Berhad
Level 5, Menara Bank Pembangunan
Bandar Wawasan
No. 1016, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2050 3000
Fax : 03 - 2698 3800
Website : www.mavcap.com.my



2. Venture Capital for the Agriculture Sector / Modal    Teroka untuk Sektor Pertanian


Objektif
Untuk menyediakan pembiayaan modal teroka dan pembangunan strategik perniagaan untuk syarikat usahasama ( joint venture company ) dalam sektor pertanian / agrikultur
Pelaburan Maksimum : RM15 juta atau hingga 10% dari total Committed Capital of the Fund Company
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi yang terlibat :
Commerce Agro Ventures Sdn. Bhd.
Mayban Agro Fund Sdn. Bhd.
Kriteria kelayakan
Perniagaan berdaftar di Malaysia, dengan operasi di Malaysia dan/atau luar negeri yang mempunyai:
  • Rekod operasi yang kukuh
  • Rancangan perniagaan yang mantap dan berdaya maju
  • Produk yang mempunyai permintaan yang tinggi
  • Pihak Pengurusan yang mantap
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  • Perikanan
  • Penternakan
  • Bioteknologi-Agro & Teknologi makanan
  • Peladangan Industri dan Hortikultur 
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dihantar ke :

Commerce Asset Ventures Sdn Bhd
No. 6, Commerce House
22-24, Jalan Sri Semantan Satu
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603 2732 5577
Fax : +603 2732 1343
Website : www.commerce-ventures.com.my

Mayban Ventures Sdn Bhd
41st Floor, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel : +603 2032 2188
Fax : +603 2031 2188
Website :http://www.mayban-ventures.com.my



Venture Capital for the Technology Sector / Modal Teroka untuk Sektor Teknologi

Objektif
Untuk menyediakan pembiayaan modal teroka dan pembangunan strategik perniagaan untuk syarikat usahasama ( joint venture company ) dalam sektor teknologi.
Limit Pelaburan Minimum: RM5 juta
Limit Pelaburan Maksimum: RM15 juta atau jumlah yang dipersetujui oleh institusi kewangan yang terlibat
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi yang terlibat 
Commerce Technology Ventures Sdn Bhd
Mayban Venture Capital Company Sdn. Bhd.
Kriteria kelayakan
Syarikat perniagaan Malaysia yang mempunyai :
  • Teknologi yang unik dan mampu dipasarkan
  • Peluang pasaran yang luas
  • Perniagaan yang berdaya maju dan prestasi kewangan 
Sektor yang layak
  • Teknologi Maklumat dan Informasi / Information & Communications Technology
  • Perkilangan Maju / Advanced Manufacturing
  • Sains Kehidupan / Life Sciences
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dihantar ke :

Commerce Asset Ventures Sdn Bhd
No. 6, Commerce House
22-24, Jalan Sri Semantan Satu
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603 2732 5577
Fax : +603 2732 1343
Website : www.commerce-ventures.com.my

Mayban Ventures Sdn Bhd
41st Floor, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel : +603 2032 2188
Fax : +603 2031 2188
Website :http://www.mayban-ventures.com.my

Cloud Based POS System