Terbaru

Bantuan Kewangan Yayasan Tekun Nasional (YTN): Kemudahan Pembiayaan Tekun


Bantuan Kewangan

Yayasan Tekun Nasional (YTN):

Kemudahan Pembiayaan Tekun

Objektif
Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk keperluan modal kerja bagi membantu usahawan kecil bumiputera memulakan perniagaan dan melaksanakan projek perniagaan.
Tempoh pembiayaan maksimum : 6 bulan-5 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM500
Jumlah pembiayaan maksimum : RM50,000
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
YTN
Syarat kelayakan
  • Usahawan Bumiputera yang berumur antara 18 hingga 60 tahun
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak memuaskan dengan institusi kewangan atau agensi Kerajaan
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada adalah antara RM5,000 sehingga RM20,000 tertakluk kepada jenis pembiayaan skim TEKUN
  • Usahawan terlibat secara langsung di dalam perniagaan
Jenis bantuan / Bentuk pembiayaan
  • TEKUN Niaga
    Modal kerja tambahan untuk gerai tetap dan bergerak atau kedai bagi menjalankan perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran
  • TEKUN Rakan Niaga 
    Pembiayaan bagi pakej perniagaan usahasama dengan TEKUN i.e produk kecantikan, makanan beku, pusat tuisyen dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN
  • TEKUN Tunas
    Modal permulaan kepada usahawan baru yang berpotensi mengusahakan gerai tetap atau bergerak atau kedai bagi perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran
  • TEKUN Ternak 
    Menyediakan pembiayaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan atau penternakan seperti lembu dan kambing, membiak burung Puyuh, ikan air tawar dan udang
  • TEKUN Tani
    Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pertanian seperti penanaman pisang, jagung, tebu dan sayur-sayuran atau pokok ornament/hiasan seperti orkid, kaktus dan pokok bonsai
  • TEKUN Jangka Pendek
    Pembiayaan modal kerja daripada RM500 sehingga RM2,000 dengan pembayaran secara mingguan antara 1 bulan sehingga 3 bulan bagi menguruskan gerai pasar sehari atau malam, bazaar Ramadhan, pameran dan aktiviti promosi jualan
  • TEKUN Pelancongan
    Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pelancongan seperti inap desa program (Homestay), chalet, peralatan reakreasi, agro pelancongan dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN
Prosedur permohonan
  • Hubungi pejabat TEKUN yang terdekat
  • Hadiri majlis taklimat yang akan diadakan oleh YTN
  • Permohonan hendaklah dihantar terus ke TEKUN
Hubungi
Yayasan TEKUN Nasional
No. 2, Wisma Matmunap
Jalan 4/146, Metro Centre
Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9058 8550
Faks : 03-9059 5980
Laman web : www.tekun.gov.my


Cloud Based POS System