Terbaru

Bantuan Kewangan Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT (SLICT)


Bantuan Kewangan

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF):

Skim Pinjaman Mudah untuk Penerapan Aplikasi ICT (SLICT)

Objektif
Untuk membantu PKS meningkatkan daya saing, kecekapan dan produktiviti melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengurusan perniagaan dan operasi.
Kadar pembiayaan maksimum : 3% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 ½ tahun termasuk tempoh kelonggaran pembayaran sehingga 6 bulan
Jumlah pembiayaan minimum : RM20,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000 atau sehingga 75% (80% bagi Bumiputera) daripada kos pembelian peralatan
Syarat kelayakan
  • Syarikat hak milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 60%) dan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
  • Saham syarikat yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai hendaklah tidak melebihi 20%
  • Memegang lesen perniagaan yang sah
Tujuan pembiayaan pinjaman
Pembelian perisian dan perkakasan untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  • Perkilangan (termasuk perkhidmatan berkaitan perkilangan)
  • Perkhidmatan (tidak termasuk insuran dan perkhidmatan kewangan)
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDF
Hubungi
Malaysian Industrial Development Finance Berhad
Tingkat 21, Bangunan Amanah Capital
82, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel : 03-2173 8888
Faks : 03-2173 8877
Laman Web : www.midf.com.my


Cloud Based POS System