Terbaru

Bantuan Kewangan: Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)


Bantuan Kewangan

Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank):

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

Objektif
Untuk membantu pengusaha-pengusaha Bumiputera yang beroperasi di luar bandar mendapatkan pinjaman untuk menjalankan perusahaan mereka.
Kadar pembiayaan maksimum : 5% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 hingga 7 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM30,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000 atau berdasarkan kepada tempoh syarikat telah beroperasi
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
SME Bank
Syarat kelayakan
  • Dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Diusahakan sepenuh masa dan beroperasi di luar kawasan Dewan Bandaraya
  • Pengusaha perseorangan hendaklah berumur kurang daripada 55 tahun
Tujuan pembiayaan pinjaman
    • Pembelian mesin dan peralatan
    • Modal pusingan
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
    • Pembuatan
    • Perkhidmatan
    • Francais
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada SME Bank
Hubungi
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
Menara SME Bank Malaysia
Jalan Sultan Ismail
Peti Surat 12352
50774 Kuala Lumpur
Tel : 03-2615 2020
Faks : 03-2698 8077
Laman Web : www.smebank.com.my

Bantuan Kewangan

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad:

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)

Objektif
Untuk membantu usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di luar bandar.
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 hingga 7 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM30,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Syarat kelayakan
  • Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Pemohon mengusahakan perniagaan secara sepenuh masa di luar bandar
Tujuan pembiayaan pinjaman
  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Modal kerja
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
  •   Pembuatan
  •   Perkhidmatan
  •   Pertanian termasuk perikanan dan penternakan
  •   Aktiviti-aktiviti sokongan yang berkaitan dengan bidang industri
  •   Pelancongan
  •   Kontraktor Kelas F
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Hubungi
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Bangunan Bank Rakyat
Jalan Tangsi
Peti Surat 11024
50732 Kuala Lumpur
Tel : 03-2612 9600
Faks : 03-2612 9655
Laman web : www.bankrakyat.com.my


Cloud Based POS System