Terbaru

Tabung Usahawan Baru 2 (TUB 2)


Bantuan Kewangan

Bank Negara Malaysia
Tabung Usahawan Baru 2 (TUB 2)

Objektif
Menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat Bumiputera yang bersaiz kecil dan sederhana dalam memastikan syarikat-syarikat ini mendapat akses pembiayaan pada kos yang berpatutan.
Kadar pembiayaan maksimum : 4% - 6% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 tahun
Jumlah pembiayaan maksimum : RM5 juta
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
  • Semua bank perdagangan dan bank Islam
  • Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malayisa Berhad (SME Bank)
  • Malaysian Industrial Development Finance Berhad
Syarat kelayakan
  • Institusi perniagaan yang disasarkan adalah berdasarkan kepada definisi PKS. Dana pemegang saham tidak melebihi RM2 juta
  • Saham PKS yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai dan syarikat berkaitan dengan Kerajaan tidak melebihi 20%
  • Institusi 100% hak milik Bumiputera yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, Bumiputera yang bermastautin di Malaysia dan usahawan Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak-pihak berkuasa yang lain
  • Rekod prestasi perniagaan PKS adalah tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun. Walau bagaimanapun, institusi kewangan pelaksana boleh memberi pertimbangan terhadap permohonan pembiayaan daripada PKS yang mempunyai rekod prestasi lebih daripada tujuh (7) tahun
Tujuan pembiayaan pinjaman
  • Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran
  • Modal kerja atau kedua-dua sekali
Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:
  • Pembelian saham
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada
  • Pembelian tanah / pelaburan hartanah
  • Pembangunan harta benda
  • Membiayai aktiviti syarikat pemegang pelaburan
  • Membiayai aktiviti perniagaan yang melibatkan duit sebagai stok barangan (termasuk perniagaan kredit, pemajakan, pemfaktoran dan perniagaan insurans)
  • Membiayai aktiviti perniagaan dalam sektor bukan ekonomi termasuk perniagaan yang menggalakkan aktiviti perjudian, karaoke, hiburan dan penjualan arak
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Semua sektor ekonomi / Semua jenis pembiayaan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada mana-mana institusi kewangan pelaksana. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa dan keperluan cagaran oleh institusi kewangan pelaksana yang berkenaan




Cloud Based POS System