Terbaru

Tabung Industri Kecil Dan Sederhana 2 (TIKS 2)


Bantuan Kewangan

Agrobank Malaysia:

Tabung Industri Kecil & Sederhana ke 2 (TIKS2)

Objektif
Untuk membiayai modal kerja kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di dalam sektor pembuatan berkaitan dengan pertanian.
Kadar pembiayaan maksimum : 4 - 6% setahun, berdasarkan pada tahap risiko pembiayaan.
* Ditawarkan secara konvensional atau pembiayaan secara Islam (Al-Bai'Bithaman Ajil).
Tempoh pembiayaan maksimum : Tidak melebihi 5 tahun.
Jumlah pembiayaan minimum : RM50,000.00
Jumlah pembiayaan maksimum : RM5.0 juta
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
Agrobank Malaysia
Syarat kelayakan
  • Syarikat milik Malaysia, Pertubuhan dan Koperasi.
  • Dana pemegang saham tidak melebihi RM2.0 juta.
Hubungi
Agrobank Malaysia
Leboh Pasar Besar
Peti Surat 10815
50726 Kuala Lumpur
Tel : 03-2731 1600
Faks : 03-2691 4908
Laman Web : www.agrobank.com.my

Bantuan Kewangan

Bank Negara Malaysia:

Tabung Industri Kecil Dan Sederhana 2 (TIKS 2)

Objektif
Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti PKS dalam sektor berorientasikan eksport dan domestik.
Kadar pembiayaan maksimum : 4% - 6% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : 5 tahun
Jumlah pembiayaan minimum : RM50,000
Jumlah pembiayaan maksimum : RM5 juta
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana
  • Semua bank perdagangan dan bank Islam
  • Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
  • Malaysian Industrial Development Finance Berhad
  • Bank Pertanian Malaysia
  • Sabah Development Bank Berhad
Syarat kelayakan
  • Institusi perniagaan yang disasarkan adalah berdasarkan kepada definisi PKS [Pautan]. Dana pemegang saham tidak melebihi RM2 juta
  • Saham PKS yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai dan syarikat berkaitan dengan Kerajaan tidak melebihi 20%
  • Institusi hak milik warganegara Malaysia (sekurang-kurangnya 51%) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, warganegara bermastautin di Malaysia dan usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak-pihak berkuasa yang lain
  • Rekod prestasi perniagaan PKS adalah tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun. Walau bagaimanapun, institusi kewangan pelaksana boleh memberi pertimbangan terhadap permohonan pembiayaan daripada PKS yang mempunyai rekod prestasi lebih daripada tujuh (7) tahun
Tujuan pembiayaan pinjaman
  • Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran
  • Modal kerja atau kedua-dua sekali
Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:
  • Pembelian saham
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada
  • Pembelian tanah / pelaburan hartanah
  • Pembangunan harta benda
  • Membiayai aktiviti syarikat pemegang pelaburan
  • Membiayai aktiviti perniagaan yang melibatkan duit sebagai stok barangan (termasuk perniagaan kredit, pemajakan, pemfaktoran dan perniagaan insurans)

Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Semua sektor ekonomi / Semua jenis pembiayaan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada mana-mana institusi kewangan pelaksana. Kelulusan adalah tertakluk kepada prosedur tapisan biasa dan keperluan cagaran oleh institusi kewangan pelaksana yang berkenaan



Cloud Based POS System