Terbaru

Skim PROSPER Siswazah


Bantuan Kewangan

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB):

Skim PROSPER Siswazah

Objektif
Membantu siswazah Bumiputera untuk menceburi perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma program PUNB yang teratur dan sistematik.
Syarat kelayakan
  • Graduan muda bumiputera
    • Kurang daripada 30 tahun dengan memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan
    • Menyediakan modal sendiri sekurang-kurangnya RM500 untuk setiap projek

  • Perniagaan
    • Dimiliki dan diusahakan oleh Bumiputera
    • Perniagaan baru atau dalam peringkat perkembangan
Jenis bantuan / Bentuk pembiayaan
  • Pakej pembiayaan A
    Kemudahan pembiayaan berdasarkan prinsip Syari'ah bermula daripada RM5,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan daripada 3 hingga 7 tahun
  • Pakej pembiayaan B
    Kemudahan pembiayaan berdasarkan prinsip Syari'ah bermula daripada RM50,001 sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan daripada 5 hingga 7 tahun
  • Perkhidmatan nasihat perniagaan
    Menyediakan nilai tambah perkhidmatan nasihat bagi pakej pembiayaan A dan B
Aktiviti yang layak
  • Runcit dan pengedaran
  • Jualan terus dan Stokis
  • Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
  • Perkhidmatan profesional
  • Industri Desa berasaskan Pertanian
  • Perkhidmatan dari Rumah dan
  • Perkhidmatan Pendidikan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada PUNB
Hubungi
Sekretariat PROSPER
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2785 1515
Faks: 03 - 2780 2121
Emel: prosper_siswazah@punb.com.my
Laman Web: www.punb.com.my


Cloud Based POS System