Klik untuk dapatkan Software Rancangan Perniagaan

Friday, March 9, 2012

PROSES PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN

PROSES PERMOHONAN PINJAMAN
Umumnya, proses permohonan pinjaman
terdiri daripada tiga peringkat. Ia meliputi
penyediaan pelan perniagaan, penyerahan
permohonan pinjaman dan penilaian
permohonan pinjaman.

PERINGKAT PERTAMA: PENYEDIAAN
PELAN PERNIAGAAN

Maklumat mengenai syarikat anda
adalah diperlukan sebelum institusi
kewangan boleh membuat keputusan sama
ada untuk meluluskan pinjaman anda.
Ini adalah untuk memastikan pemprosesan
permohonan pinjaman anda berjalan
dengan cepat dan lancar. Bagi perusahaan
kecil dan sederhana, ini akan melibatkan
penyediaan pelan perniagaan.
Apakah Pelan Perniagaan?
Ia adalah rencana bertulis yang
memaparkan wawasan anda
dan bagaimana perniagaan anda
akan diuruskan untuk menepati
objektifnya.
Pelan perniagaan yang diolah dengan baik
dan berstruktur seharusnya merangkumi
dan memaparkan informasi perniagaan
yang memang ingin diketahui oleh institusi
kewangan. Pelan perniagaan hendaklah
bersifat jelas, mudah dan ringkas.

Apakah Aspek Penting Pelan Perniagaan?

Aspek penting pelan perniagaan adalah:
  • Model perniagaan, produk/perkhidmatan,wawasan dan matlamat
  • Kedudukan syarikat masa kini, dalam konteks kewangan, pasaran dan pesaing(jika ada)
  • Faktor-faktor kritikal untuk kejayaan perniagaan
  • Keperluan pembiayaan
  • Tujuan-tujuan spesifik pinjaman dan bagaimana pinjaman boleh membantu perniagaan
Pelan perniagaan yang baik seharusnya
mengandungi maklumat asas seperti
berikut:
  • Pengenalan mengenai perniagaan anda
  • Carta organisasi dan struktur organisasi
  • Tujuan dan wawasan perniagaan
  • Perihal produk dan perkhidmatan
  • Analisis industri dan pesaing
  • Strategi perniagaan
  • Keperluan operasi
  • Strategi jualan dan pemasaran
  • Unjuran kewangan
PERINGKAT KEDUA: PROSES
PERMOHONAN

Untuk mempercepatkan proses permohonan,
anda seharusnya mengemukakan borang
permohonan pinjaman yang lengkap dengan
melampirkan pelan perniagaan dan semua
dokumen yang berkaitan yang dikehendaki
oleh institusi kewangan anda. Setiap institusi
kewangan mungkin mempunyai borang
permohonan pinjaman dan senarai semak
permohonan pinjaman mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, senarai dokumen
yang diperlukan oleh kebanyakan institusi
kewangan adalah lebih kurang sama untuk
ditentusahkan dan dinilai.Lihat disini utk senarai
dokumen yg diperlukan.




    Share

    Widgets

    Popular Posts

    Software Perniagaan

    Format dan Contoh Bisnes Plan

    Sampel Bisnes Plan