Tuesday, March 13, 2012

KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN


KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN

Setelah institusi kewangan meluluskan pinjaman anda, ia akan mengeluarkan satu surat tawaran yang menyatakan syarat-syarat kemudahan pinjaman tersebut. Di antara syarat-syarat yang lazim dikenakan ialah:
  • Syarat-syarat pembayaran balik dan penjelasan tunggakan
  • Pinjaman tertakluk kepada semakan berkala dan akan berubah mengikut budi bicara institusi kewangan
  • Penyerahan buku-buku akaun
  • Keperluan yang dikenakan ke atas peminjam jika berlaku perubahan dalam jenis perniagaan yang diceburi

TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMINJAM

Sebagai seorang peminjam, institusi kewangan mengharapkan anda mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguruskan perniagaan anda supaya pinjaman anda dapat dibayar balik tepat pada masanya. Pinjaman ini akan tertakluk kepada semakan berkala (contohnya, setahun ataupun setiap pertengahan tahun). Institusi kewangan juga boleh meminta anda mengemukakan kedudukan kewangan atau prestasi
perniagaan yang terkini dan lain-lain butiran berkaitan dengan perniagaan anda.

Tanggungjawab anda sebagai peminjam seharusnya merangkumi:
  • Mengekalkan pengurusan akaun yang baik:
– Jika anda mempunyai kemudahan overdraf, pastikan anda tidak melampaui had kemudahan tersebut
– Pastikan tiada cek yang dipulangkan akibat dana yang tidak mencukupi
– Pastikan semua kutipan perniagaan dikreditkan ke akaun bank anda (untuk menanam sikap bertanggungjawab atau akauntabiliti yang lebih baik/urus tadbir korporat serta kawalan dan
pengurusan aliran tunai)
  • Memastikan ansuran bulanan dibayar dalam masa yang ditetapkan:
– Ketepikan dana yang mencukupi untuk membayar ansuran dan komitmen bulanan dalam masa yang ditetapkan
– Elakkan sebarang kelewatan dalam membuat pembayaran dengan memberi masa yang mencukupi untuk menjelaskan pembayaran, iaitu mengeluarkan cek tepat pada masanya.
  • Pastikan perniagaan anda diuruskan dengan cekap:
– Pantau dan uruskan aliran tunai, stok, tempoh pembayaran balik penghutang dan pemiutang
perdagangan, dan lain-lain Pastikan penggunaan dana ke arah yang betul:
– Gunakan dana semata-mata untuk tujuan perniagaan dan bukan untuk kegunaan peribadi
– Gunakan dana seperti yang tertera di dalam surat tawaran. Contohnya:
i. Pinjaman bertempoh untuk pembelian harta benda atau aset tetap
ii. Overdraf untuk keperluan modal kerja dan bukan untuk pembelian aset tetap
– Dana digunakan hanya untuk perniagaan yang dimaksudkan dan tidak disalurkan untuk kegunaan
syarikat-syarikat berkaitan dan sebagainya
  • Kemukakan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit
  • Maklumkan kepada institusi kewangan jika berlaku sebarang perubahan pada perniagaan, seperti:
– Struktur pengurusan yang terbaru
– Haluan perniagaan
– Rancangan masa depan
– Pengemukaan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh pihak institusi kewangan, seperti laporan
kemajuan dan lain-lain

HAK ANDA SEBAGAI PEMINJAM



Sebagai peminjam, anda mempunyai hak seperti berikut:

  • Hak untuk mendapat akses kepada segala maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan pinjaman anda
  • Hak untuk mendapat layanan yang profesional, bersopan, dan tanpa prasangka
  • Hak untuk mendapat maklumat yang tepat mengenai akaun pinjaman anda secara tetap
  • Hak untuk mengambil tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran kontrak










Share

Widgets

Popular Posts