Terbaru

APA ITU RANCANGAN PERNIAGAAN ???

APA ITU RANCANGAN PERNIAGAAN ???

Menyediakan rancangan perniagaan atau kertas kerja perniagaan adalah antara kandungan kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) yang dianjurkan bersama oleh SME Bank, MEDEC (Malaysia Entrepreneur Development Centre), TEKUN dan MARA dalam usaha untuk melahirkan usahawan. Rancangan Perniagaan ini lebih popular dikenali dengan nama ringkas RP .

Rancangan Perniagaan (RP) yang baik perlu bukan sahaja semata mata untuk mendapatkan modal kerja daripada bank atau pemiutang, tetapi ia juga memberi petunjuk bahawa perniagaan kita adalah sesuatu usaha yang viable dan mendatangkan untung. Melalui hasil kerja modal, aliran wang masuk serta unjuran untung dan rugi, seseorang bakal usahawan boleh mengetahui samaada dia patut meneruskan rancangannya untuk memulakan atau mengembangkan sesuatu perniagaan itu. Sewaktu menghadiri salah satu kursus tersebut, kami telah diberi sebuah contoh Rancangan Perniagaan (RP) yang boleh kami jadikan rujukan dalam menyediakan kertas kerja perniagaan sendiri untuk memohon pinjaman perniagaan.

Rancangan Perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan Perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan Perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan Rancangan Perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.



Info lanjut http://softwareperniagaan.mybizcore.com/

Cloud Based POS System