Klik untuk dapatkan Software Rancangan Perniagaan

Friday, January 9, 2015

PELUANG PERNIAGAAN TELCO - ONEXOX

ONEXOX (Inovasi Prepaid Jimat Di Malaysia) - PELUANG TERBAIK UNTUK MENJADI USAHAWAN TELEKOMUNIKASI 




INFO PERNIAGAAN TELEKOMUNIKASI MALAYSIA :

Seorang MASTER DEALER telco Maxis di Kota Bharu SAHAJA ( bukan seluruh Kelantan), JUALAN TOPUP adalah 1 JUTA SEHARI !

Industri perniagaan TELCO adalah READY MARKET.

Untuk anda menjadi Dealer CELCOM EXCLUSIVE modal adalah sebanyak RM 200,000.

Insentif yang diberi oleh syarikat TELCO kepada dealer mereka adalah sekitar 2% - 3%

KENAPA ONEXOX ?

ONEXOX adalah Peneraju PREPAID Jimat di Malaysia




  • MODAL RENDAH - Hanya RM290 sahaja anda sudah layak untuk memohon menjadi SubDealer ONEXOX. Dan anda akan dapat sistem akaun dealer "Point os Sales" (full - sistem penuh), talian dealer DREG, 10simkad (stok) dan juga baki ereload sebanyak RM100 (untuk jual topup secara ereload)
  • KEUNTUNGAN RUNCIT JUALAN SIMKAD - Anda akan dapat keuntungan runcit sebanyak RM2.20 setiap simkad yang anda jual.
  • KEUNTUNGAN RUNCIT JUALAN TOPUP - Anda akan dapat akaun eReload dan boleh menjual topup dengan keuntungan 5%
  • PASIF INCOME 10% SETIAP DIRECT REFERAL - Setiap jualan simkad kepada direct customer anda, akan akan layak 10% dari jumlah topup mereka setiap bulan.
  • PASIF INCOME PENDAFTARAN USER GET USER - Sedia maklum, pengguna boleh perkenalkan rakan mereka melalui seseorang dealer. Dan jika anda adalah dealer yang mendaftarkan simkad rakan kepada pengguna tadi, maka anda akan layak 5% pasif income dari semua rakan User Get User itu tadi tanpa had level (infiniti level).
  • PASIF INCOME 4 TIER NETWORK LEVEL - Jika anda mula melantik SubDealer dalam rangkaian anda, maka anda tetap boleh terima pasif income melalui kumpulan SubDealer yang anda lantik sehingga 4 Tier Level SubDealer.
  • BONUS INSENTIF LANTIKAN SUBDEALER - Setiap SubDealer yang anda lantik, anda akan dapat insentif sebanyak RM30.
  • Dan banyak lagi BONUS TAMBAHAN... Ada kenaikan ranking dealer dan semakin BESAR bonus %. 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE WEBSITE

ONEXOXmobile

Sunday, November 23, 2014

Tabung Ekonomi Belia - STEB


Tabung Ekonomi Belia
Tabung Ekonomi Belia diletakkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia dan diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tabung ini bermatlamat untuk memberi bantuan berbentuk pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dana pinjaman serta melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan pinjaman dan membuat kutipan semula.
Kelayakan dan Syarat Pinjaman
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman daripada Tabung Ekonomi Belia adalah seperti berikut:
  • Warganegara yang menetap di Malaysia dan berumur antara 18 – 40 tahun. Minima umur pemohon adalah 18 tahun dan maksima sebelum mencapai umur 41 tahun semasa mendaftar secara atas talian ataupun manual
  • Telah mendaftar sebagai pemohon sama ada pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang portal Majlis Penggalakan Ekonomi Belia atau mengisi borang secara manual.
  • Telah lulus saringan Kementerian Belia dan Sukan bagi :
  1. Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
  2. Kursus Asas Perniagaan khusus bagi pemohon yang baru memulakan perniagaan
  3. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan
  • Tujuan permohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.
  • Permohonan pinjaman adalah secara individu dan perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Hanya seorang sahaja di antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
  • Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang atau perhutangan
  • Mengemukakan dua 2 orang penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :
  1. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
  2. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap termasuk elaun-elaun tetap dengan syarat tidak kurang daripada RM 1000.00 sebulan.
  3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
  4. Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin
  5. Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua 2 orang peminjam dalam satu-satu masa.
  • Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
  • Hanya satu pinjaman Skim Belia Negara atau SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempuyai ciri-ciri berikut adalah dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.
  1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan. Maka, tidak perlu untuk mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
  2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Keusahawanan), di Batu Gajah Perak di bawah Kementerian Belia dan Sukan atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang diiktiraf.
  3. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan telah menjalankan perniagaan yang berkaitan.
  4. Mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.
  5. Telah mengikuti program inkubator anjuran oleh mana-mana agensi kerajaan.
Syarat-syarat yang ditetapkan ini bertujuan untuk memastikan mereka yang mahu mendapatkan pinjaman benar-benar serius untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan apabila pihak Kementerian Belia dan Sukan memberi kelulusan. Kesemua syarat-syarat ini digariskan juga untuk memastikan golongan belia yang layak benar-benar boleh memberi pulangan yang berbaloi dengan bantuan melalui Tabung Ekonomi Belia yang telah diberikan.
Jenis dan Ciri-Ciri Skim
1.0Skim Belia Niaga (SBN)
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah dilantik sebagai institusi kewangan bagi menyelia Skim Belia Negara ini. Skop projek yang dibenarkan dibawah skim ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
  • Perkhidmatan
  1. Kedai gunting rambut
  2. Salun kecantikan dan spa
  3. Klinik
  4. Farmasi
  5. Perlancongan
  6. Kedai runcit
  7. Mencuci kenderaan
  8. Solekan dan andaman
  9. Bengkel kenderaan motor dan motosikal
  10. Fotografi dan video
  11. Kimpalan
  12. Membaiki radio, televisyen, telefon bimbit dan alat elektronik
  13. Pusat tuisyen
  14. Kedai makan dan restoran
  15. Pengiklanan dan percetakan
  16. Perkhidmatan profesional
  17. Kedai elektrik
  18. Kedai perabot
  19. Kedai tayar
  20. Kedai alat ganti

  • Pembuatan
  1. Kraf tangan
  2. Pakaian
  3. Anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga dan batik

  • Perniagaan ICT
  1. Kedai internet dan pusat latihan
  2. Kedai fotokopi, alat tulis dan pembayaran bil

  • Kiosk atau Gerai atau Pasar Malam atau Penjaja
  1. Burger
  2. Yong Tau Fu
  3. Jagung
  4. Ais krim serta van atau lori atau motor bergerak
  5. Stokis dan francais dengan tidak termasuk kos pembiayaan untuk membeli premis perniagaan serta modal kerja untuk kontraktor
  6. Perniagaan berkonsepkan jualan langsung

2.0 Skim Belia Tani (SBT)
Bagi Skim Belia Tani pula, Kementerian Belia dan Sukan telah melantik Bank Pertanian Malaysia sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memberi pembiayaan melalui skim ini. SBT dikhususkan untuk apa-apa aktiviti atau perniagaan yang berorientasikan pertanian. Ini bertujuan untuk membuka minat golongan belia supaya menceburi bidang pertanian selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu yang memperkenalkan konsep pertanian suatu perniagaan. Maka, pihak kerajaan mengambil inisiatif ini untuk memastikan golongan belia diberi peluang memajukan sektor pertanian negara.
Antara skop projek di bawah Skim Belia Tani adalah :
  • Pengeluaran tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, bauh-buahan, bunga-bungaan dan juga herba.
  • Ternakan haiwan seperti lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, biri-biri dan ternakan puyuh .
  • Perikanan iaitu ternakan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar.
  • Ternakan lebah madu dan industri asas tani iaitu seperti kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap, makanan tradisional seperti baulu dan kerepek dan makanan ringan atau snek.
  • Perkhidmatan tani yang meliputi bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak termasuk baja dan alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan, buah-buahan dan lanskap.
Perkhidmatan tani ini adalah tidak termasuk pembiayaan untuk tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak dan buah-buahan tempatan yang lain juga kos untuk membeli tanah dan premis perniagaan, modal kerja untuk kontrak tani dan apa-apa perniagaan berkonsepkan jualan langsung.
Ciri-Ciri Skim
1.0 Institusi Kewangan yang Dilantik
Institusi kewangan yang dilantik adalah bertanggungjawab sebagai pengurus dana bagi Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani dan bank-bank yang terlibat ialah :
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk Skim Belia Niaga (SBN)
  • Bank Pertanian Malaysia untuk Skim Belia Tani (SBT)
2.0 Had Pinjaman
Had pinjaman yang telah dipersetujui antara Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak bank bagi kedua-dua skim adalah dari nilai minima RM5,000.00 sehingga maksima RM50,000.00.
3.0 Kadar Bayaran
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan bagi kedua-dua skim SBN dan SBT adalah empat 4% setahun dengan berdasarkan kepada baki pinjaman.
4.0 Yuran Proses
Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua-dua institusi kewangan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Bank Pertanian Malaysia yang telah dilantik oleh KBS.
5.0 Kos Guaman Dan Insurans
Segala kos guaman bagi penyediaan surat cara pinjaman dan insurans akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak peminjam dan bukan di bawah kuasa pihak bank atau Kementerian Belia dan Sukan.
6.0 Pengeluaran Pinjaman
Pengeluaran pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik akan dibuat berdasarkan keperluan peminjam dan dibuat secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.
7.0 Kutipan Bayaran Balik Pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman akan dilakukan menerusi institusi kewangan yang dilantik dan tempoh bayaran balik pertama pinjaman dibuat mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.
8.0 Tempoh Pinjaman
Had maksimun yang telah ditetapkan untuk tempoh bayaran semula pinjaman bagi kedua-dua Skim Belia Negara dan Skim Belia Tani adalah sehingga 7 tahun.
Bagi mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Tabung Ekonomi Belia ini, pendaftaran perlulah dilakukan terlebih dahulu melalui laman sesawan portal MPEB atau secara manual dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan Daerah dan menghantar semula borang yang telah lengkap diisi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Daerah. Setiap permohonan yang dihantar akan mengambil masa lebih kurang 2 bulan setengah untuk diproses secara teliti dan keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas itu.
Harapan Kerajaan
Apa yang pasti, pihak kerajaan pada hari ini begitu giat menjalankan usaha untuk membantu golongan belia melalui program-program keusahawanan. Ini kerana, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu bidang yang dapat memberi pulangan lumayan kepada para usahawan sekiranya diusahakan dengan cara yang betul dan bijak. Pihak kerajaan juga telah memperuntukkan jutaan ringgit bagi memastikan ada peluang yang dibuka untuk golongan belia pada hari ini mencuba nasib dalam aktiviti perniagaan.
Langkah yang diambil oleh kerajaan ini juga adalah salah satu cara untuk menyelamatkan golongan belia daripada krisis pengangguran yang begitu hebat melanda negara. Selain itu, Tabung Ekonomi Belia juga memberi ruang kepada para belia melakukan aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan belia dan pihak kerajaan. Berapa ramai pada hari ini remaja dan belia yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti merempit, penyalahgunaan dadah, masalah pembuangan bayi, pergaulan bebas, dan kebejatan akhlak.
Melihat akan hal inilah, kerajaan memutuskan untuk memberi sesuatu yang berharga dan boleh mendatangkan manfaat bukan hanya kepada golongan belia. Golongan belia seharusnya sedar dan mengambil peluang keemasan ini untuk memajukan diri dan juga keluarga yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan juga negara. Apa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan ini tidak mendatangkan kerugian sekiranya digunakan dengan baik dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar memberi pembiayaan, pihak kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan melalui Skim Tabung Ekonomi Belia sedia memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para belia yang berminat untuk menceburi lapangan perniagaan. Oleh itu, diharapkan agar usaha pihak kerajaan untuk menyelamat dan mengangkat golongan belia ke satu tahap yang lebih cemerlang disambut baik oleh semua pihak terutama golongan belia. Semoga bidang keusahawanan terus menjadi pilihan para belia negara.

Popular Posts

Format dan Contoh Bisnes Plan

Share

Widgets